Komunisme
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Komunisme merujuk kepada fahaman politik dimana rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran negara menjadi milik bersama rakyat. Antara pengasasnya yang paling penting termasuklah Karl Marx dan Friedrich Engels. Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90an apabila komunisme jatuh di Kesatuan Soviet.
Sebagai teori sistem sosial, komunisme menjurus kepada sistem sosial egalitarian iaitu tanpa kerajaan, harta dan kelas. Menurut ideologi ini, semua harta dimiliki oleh rakyat, dan setiap rakyat mempunyai status sosial dan ekonomi yang sama.