Nicaragua
Dari Wikipedia bahasa Melayu
República de Nicaragua Republik Nicaragua |
|||||
|
|||||
Cogan kata: Pro Mundi Beneficio ("Untuk manfaat Dunia") |
|||||
Lagu kebangsaan: Salve a ti | |||||
Ibu negara (dan kota terbesar) |
Managua 12°9′ N 86°16′ W |
||||
Bahasa rasmi | bahasa Sepanyol (rasmil) (bahasa Inggeris dan bahasa asli di pantai Karibbean) | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
Presiden | Enrique Bolaños | ||||
Kemerdekaan | Dari Sepanyol | ||||
Keluasan | |||||
---|---|---|---|---|---|
- Jumlah | 129,494 km² (ke-115) 49,998 km persegi |
||||
- Air (%) | 14.01 | ||||
Penduduk | |||||
- Anggaran Julai 2005 | 5,487,000 (ke-108) | ||||
- Kepadatan | 42.2/km² (ke-158) 109.2/km persegi |
||||
KDNK (KKP) | Anggaran 2005 | ||||
- Jumlah | AS$16.05 bilion (ke-148) | ||||
- Per kapita | AS$3,636 (ke-119) | ||||
IPM (2003) | 0.690 (medium) (ke-112) | ||||
Mata wang | Córdoba (NIO ) |
||||
Zon waktu | (UTC-6) | ||||
Internet TLD | .ni | ||||
Kod panggilan | +505 |
Nicaragua ialah sebuah republik di Amerika Tengah. Walaupun Nicagarua merupakan negara yang terbesar di kawasan ini, kepadatan penduduknya adalah yang paling rendah. Negara ini bersempadan dengan Honduras di utara dan Costa Rica di selatan. Lautan Pasifik terletak di sebelah garis pinggir laut baratnya, sedangkan di timur negara ini ialah Laut Karibbean.
Nama "Nicaragua" merupakan gabungan dua perkataan, iaitu:
- Nicarao: nama untuk puak yang bertutur dalam bahasa Nahuatl dan yang tinggal di tebing Tasik Nicaragua sebelum penaklukan Sepanyol di Amerika; dan
- Agua: satu perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud air, dan yang telah diterimagunakan kerana terdapat dua buah tasik yang besar di kawasan ini, iaitu Tasik Nicaragua dan Tasik Managua.
Sebelum penaklukan Sepanyol, Nicaragua adalah nama bagi sekeping tanah yang sempit antara Tasik Nicaragua dengan Lautan Pasifik. Ketua puak Nicarao memerintah tanah itu ketika penakluk-penakluk yang pertama tiba di sini. Takrif istilah itu kemudian diperluas untuk merangkumi kelompok yang duduk di kawasan ini.
Nicarao pra-Columbus datang ke kawasan ini dari kawasan-kawasan utara selepas kejatuhan Teotihuacan atas nasihat pendeta-pendeta atau ketua-ketua agama mereka. Menurut tradisi, mereka disuruh membuat perjalanan ke selatan sehingga menemui dua buah gunung berapi yang timbul daripada sebuah tasik, dan berhenti apabila mereka tiba di Ometepe, pulau gunung berapi air tawar yang terbesar di dunia.
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Pautan luar
- MasatepeCity – memandu anda ke Masatepe melalui kuasa Teknologi! (bahasa Sepanyol)
- ProNicaragua – Agensi Promosi Pelaburan, Tenaga, dan Pelancongan Nicaragua (bahasa Inggeris & Sepanyol)
- Intur – Tapak pelancongan rasmi Nicaragua (bahasa Inggeris & Espanyol)
- Halaman negara Ensiklopedia Britannica untuk Nicaragua
- Kerajaan Nicaragua – Rancangan Pembangunan Negara (bahasa Sepanyol)
- Lapangan Terbang Antarabangsa Managua
- Confidencial: Berita Mingguan (bahasa Sepanyol)
- Mengalami Nicaragua – panduan pelancongan untuk Nicaragua
- Seni Nicaragua – seni dan kesusasteraan Nicagarua
- Atelier Yoyita – Galeri Seni
- Profil negara: Nicaragua (BBC)
- El Observador Económico
- Marcaacme – Seni, Kesusasteraan & Peristiwa Kebudayaan di Nicaragua
- NicaLiving.com – Tapak web tentang tinggal di Nicaragua (terutamanya dalam bahasa Inggeris)
- ViaNica.com – Tapak web yang meluas untuk perjalanan di Nicaragua
Negara-negara di Amerika Tengah |
---|
Belize | Costa Rica | El Salvador | Guatemala | Honduras | Nicaragua | Panama |
Negera-negara di Amerika Utara |
---|
Negara-negara berdaulat
Antigua dan Barbuda • Bahamas • Barbados • Belize • Kanada • Costa Rica • Cuba • Dominica • Republik Dominica • El Salvador • Grenada • Guatemala • Haiti • Honduras • Jamaica • Mexico • Nicaragua • Panama • Saint Kitts dan Nevis • Saint Lucia • Saint Vincent dan Grenadines • Trinidad dan Tobago • Amerika Syarikat |
|
|