Dari Wikipedia bahasa Melayu
Menara Subway pada tahun 1870
2 Ogos merupakan hari ke-214 (hari ke-215 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 151 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 216 SM - Angkatan bersenjata Carthage pimpinan Hannibal memusnahkan angkatan tentera Rom di Pertempuran Cannae iaitu satu pertempuran penentu Perang Punik Kedua.
- 1870 - Menara Subway (gambar), landasan keretapi bawah tanah yang pertama di dunia, dibuka di London.
- 1903 - Pertubuhan Revolusi Macedonia Dalaman dan orang-orang Bulgaria dari Empayar Turki Uthmaniyyah menjalankan Pemberontakan Ilinden.
- 1934 - Adolf Hitler menjadi Führer (pemimpin) Jerman Nazi.
- 1990 - Iraq menceroboh Kuwait dan mencetuskan Perang Teluk.