Gunung Gerah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Gunung Gerah yang terletak di kawasan Hutan Simpan Belum, Perak/Kelantan, di utara Semenanjung Malaysia, mempunyai ketinggian setinggi 2,103 meter (6,898 kaki).
Gunung Gerah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
[Sunting] Laluan mendaki
Terpaksa berjalan kaki sejauh 70 km dari Pos Kemar.
- Dengan pacuan 4 roda dari Felda Lasah ke Pos Kemas selama 4 jam hingga ke Kampung Orang Asli Lerla .
- Naik bot dari Tasik Temenggor ke Pos Kemas selama 4 jam dan tiba di Pos Kemar. Selepas itu berjalan kaki sejauh 10 km ke Kampung Lerla .
- Dari Kampung Lerla ke Kampung Agik 9.5 km, melalui lima anak sungai besar dan kecil. Mendaki 2 bukit yang hampir 90' tinggi dan menuruni cerun curam.
- Melintasi Sungai Temenggor , permatang dan rabung gunung. Permatang ini menjadi garis sempadan Perak dengan Kelantan.
- Kem Ulu Sungai Gerah. Banyak pokok periuk kera bersaiz besar , pokok sarsi, tongkat Ali, kacip Fatimah dan orkid hutan.
Dari puncak gunung kelihatan Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat , Gunung Yong Yap, Gunung Bieh di Banjaran Titiwangsa. Lain-lain gunung berhampiran ialah Gunung Bilah, Gunung Sepat dan Gunung Belatok.
Kos pendakian RM100.00 tidak termasuk bot dan jurupandu atau pacuan 4 roda.
Jika berminat sila hubungi Zalie (017-3058921).
[Sunting] Lihat juga
- Tasik Temenggor dibina 1970 dan siap 1974.
- Pelancongan di Negeri Perak
![]() |
||
---|---|---|
Negeri | Johor • Kedah • Kelantan • Melaka • Negeri Sembilan • Pahang • Perak • Perlis • Pulau Pinang • Sabah • Sarawak • Selangor • Terengganu | ![]() |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur • Labuan • Putrajaya |