Petronas
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Perbadanan minyak Malaysia ditubuhkan 17 Ogos 1974 dan diberi nama Petronas. Petronas ialah singkatan perkataan Petroliam Nasional Berhad. Petronas telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat-Syarikat ,1965.
Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum , Petronas telah diberi hak, kuasa , kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia.Individu yang bertanggungjawab mengasaskan PETRONAS ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu terpengaruh dengan kejayaan syarikat minyak milik Indonesia iaitu PERTAMINA.[1]
Sebelum 1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi ntuk mencarigali petroleum di perairan Sarawak, Sabah dan Terengganu. Antara syarikat itu ialah Shell dan Esso. Shell merupakan sebuah syarikat dari Belanda.. Kilang penapisan minyak Shell di Port Dickson dibuka pada tahun 1962. Ketika itu minyak dibeli dari luar negara.
Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalan dan penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum . Antara pengerusi Petronas ialah Raja Mohar bin Raja Badiozaman.
,
,
Minyak mula dijumpai di Miri terutama oleh orang Melayu dan Iban di daerah Baram.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah Penemuan Petroleum
Sejarah minyak di Malaysia bermula dalam abad ke-19. Rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menyedari wujudnya serapan minyak atau 'minyak tanah ' seperti dikenali di setengah-setengah tempat terutamanya di sekitar kampung Miri.
- Julai 1882 , Residen British di daerah Baram telah mencatatkan adanya penemuan minyak. Beliau mencatatkan penduduk Melayu tempatan menggunakan minyak untuk tujuan perubatan dan untuk menghidupkan lampu minyak dan juga sebagai campuran damar untuk menampal perahu.
- 1909 , syarikat minyak Anglo-Saxon iaitu syarikat asal kepada Syarikat Sarawak Shell hari ini telah diberi hak untuk mengeksploitasi sumber petroleum yang terdapat di seluruh Sarawak.
- Ogos 1910 dijumpai di Kampung Miri . Mulanya 8 tong minyak sehari dikeluarkan. Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya industri petroleum secara komersial di Malaysia.
- 1929 ,pengeluaran 29000 ting sehari. Carigali minyak tertumpu di daratan bandar Miri sahaja.
- Tahun 1941-1945, telaga minyak Miri rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini.
- 1968 telaga minyak luar pantai yang pertama , West Lutong memulakan pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan minyak telah diusahakan.
[Sunting] Sejarah Petroleum di Sabah
- 1885 data geologi tanah telah diambil da menunjukkan danya potensi petroleum di dasar lautan.
- 1905 Syarikat Eksplorasi British Borneo diberi hak istimewa untuk mengeluarkan segala hasil bumi di Sabah. Walaupun ada penemuan kesan-kesan minyak, tidak ditemui takungan minyak yang boleh dikeluarkan secara besar-besaran.
[Sunting] Sejarah Petroleum di Semenanjung
Minyak turut digunakan untuk campuran membuat damar menampal sampan yang bocor Di Terengganu Penduduk kampung menggunakan 'minyak tanah' sebagai minyak panas terutama untuk mengurut bahagian luar yang sakit dan terseliuh. 'Semburan gas minyak' pernah dilaporkan di Bagan Datoh , Perak. Sebelum 1950-an Jabatan Geologi tidak mendapati minyak terdapat di bahagian daratan Semenanjung Malaysia.
- 1950-an kajian eksplorasi mula di lakukan di luar pantai Terengganu. Penemuan minyak di Seria , Brunei mengukuhkan pendapat bahawa minyak memang terdapat di luar pantai Semenanjung Malaysia.
- 1954 Kajian seismik marin pertama dibuat di Sarawak.
[Sunting] Sebab penubuhan Petronas
- 1973 ialah Tahun Larangan Eksport Minyak OPEC .Krisis minyak 1973 menyedarkan kerajaan betapa perlunya mengawal sebuah industri yang mempunyai kepentingan ekonomi.
- 1973 Sejumlah 19 buah medan minyak ditemui di perairan Malaysia . 90,000 tong minyak sehari dikeluarkan.
[Sunting] Peranan Petroleum
- Petroleum merupakan sumber tukaran wang asing kepada negara.
- Petroleum merupakan daya penggerak kepada pembangunan negara
- Minyak menjadi nadi kepada pembangunan kawasan setempat seperti di Miri, Sarawak, Kerteh di Terengganu dan Port Dickson di negeri Sembilan .
- Teknologi dan kepakaran berkaitan petroleum telah dapat dipindahkan ke Malaysia hasil kerjasama dengan syarikat multi nasional dari Belanda , Britain dan Amerika.
- Peluang pekerjaan yang membabitkan jutaan penduduk Malaysia telah dapat diwujudkan.
[Sunting] Sejarah Petronas
- 1974 Akta Kemajuan Petroliam telah termaktub oleh Kerajaan Malaysia. Petronas ditubuhkan sebagai jentera bagi pihak kerajaan untuk melaksanakan kawalan di samping menyertai secara langsung dalam operasi petroleum dan lain-lain operasi berkaitan. Akta tersebut meletakkan hak kepada Petronas semua sumber-sumber petroleum dalam negara ini.
- 12 Jun1975 ibu pejabat Petronas dipindahkan ke Jalan Pudu , Kuala Lumpur
- 1 September 1975 Petronas mula menghantar 358,000 barrel minyak mentah ke Jepun
- 30 November 1976 Petronas berkongsi dengan Sarawak Shell Berhad dan Sabah Shell Petroleum Berhad untuk perkongsian pengeluaran.
- 8 Disember 1976 Petronas bekerjasama dengan Exxon
- 16 Disember 1977 Petronas mula membekalkan pembekalan minyak kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor.
- 25 Disember 1977 perkhidmatan pembekalan minyak di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.
- 6 Disember 1980 Penubuhan Asean Bintulu Fertilizer Sdn Bhd untuk melaksanakan Projek baja Urea ASEAN ( Malaysia )
- 3 Julai 1981 Stesen Servis Petronas yang pertama memulakan operasi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
- 6 Oktober 1981 Petronas memulakan operasi penjualan runcit GPC.
- 22 Disember 1981 Perasmian Depot Penerbangan Petronas di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
- 3 Mac 1982 Penubuhan Petronas Penapisan Sdn Bhd sebuah anak syarikat milik penuh Petronas untuk mengendalikan operasi penapisan
- 6 Jun 1982 Petronas Carigali menemui minyak yang pertama di Dulang Barat di luar pantai Terengganu . Anak syarikat Petronas ini ditubuhkan yang diberi nama Petronas Carigali. Syarikat ini bekerjasama baik dengan syarikat minyak multinasional bagi menjalan kegiatan eksplorasi.
- 9 Julai 1982 Permulaan kerja bagi Projek baja Urea ASEAN (Malaysia ) dengan penawaran kontrak untama untuk pembinaan loji tersebut.
- 5 Ogos 1982 Penubuhan Petronas Dagangan Sdn Bhd , anak syarikat Petronas yang menjalankan aktiviti pemasaran dalam negeri
- 21 Oktober 1982 alat kemudahan autogas Petronas yang pertama dipasang di stesen servis Taman Tun Dr Ismail
- 11 November 1982 Petronas menandatangani Perjanjian perkongsian Pengeluaran Dengan Elf Aquitaine
- 1 Januari 1983 Loji Malaysia LNG di Bintulu , Sarawak memukan pengeluaran dengan mencecairkan gas asli dari medan-medan di Central Lucoia di luar pantai Sarawak untuk dieksport.
- 6 Januari 1983 Pelancaran Parameswara, pelantar penggerudi pertama milikan Petronas.
- 29 Januari 1983 Petronas Marine Sdn Bhd ditubuhkan sebagai sebuah anak sayarikat milik penuh Petronas yang ditugas untuk mengedalikan pelantar penggerudi yang meningkat sendiri.
- 1 Mac 1983 Projek Penggunaan Gas Semenajung mula dilaksanakan dengan penandatangani kontrak yang pertama.
- 9 Mac 1983 Loji Penapis Minyak Terenganu di Kerteh yang pertama milikan negara , memulakan operasi
- 7 April 1983 Pemunggahan pertama nafta dari Loji Penapis Minyak Terengganu ke Jepun dilakukan
- 23 Mei 1983 Petronas Gas Sdn Bhd ditubuhkan untuk mengendalikan operasi gas
- 31 Oktober 1983 Institut Latihan perindustrian Petroleum di Batu Rakit mengambil kumpulan pertama pelajarnya.
- 17 Januari 1984 Loji Pengisian GPC pertama Petronas dirasmikan di Bandar Tun Razak , Kuala Lumpur.
- 2 Mac 1984 Petronas menadatangani Perjanjian Perkhidmatan Perundingan bagi Peringkat II Projek Penggunaan Gas Semenanjung (PGU) yang melibatkan pemasangan saluran paip bagi penyaluran gas.
- 14 April 1984 Projek Pembangunan Gas Duyong yang dijalankan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd siap dengan pendaratan pertama gas asli ke pantai di kerteh , Terenganu untuk memenuhi keperluan projek PGU.
- 14 Jun 1984 Petronas Carigali Sdn Bhd mengumumkan penemuan medan minyak baru , Malong dikawasan kaji bumi yang dikenali sebagai Arca Tenggol , kira-ira 140 kilometer di luar pantai Terengganu.
[Sunting] Rujukan
- ↑ AsiaWeek. Temu ramah AsiaWeek bersama dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Dalam Bahasa Inggeris)