Bahasa Czech
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bahasa Czech čeština |
||
---|---|---|
Dituturkan di: | Republik Czech dan sebagai bahasa minoriti juga di Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan Slovakia | |
Rantau: | Eropah Tengah | |
Bil. penutur: | 12 juta | |
Kedudukan: | 73 | |
Keluarga bahasa: | Indo-Eropah Slavik Slavik Barat Czech-Slovak Bahasa Czech |
|
Status rasmi | ||
Bahasa rasmi: | Republik Czech, Kesatuan Eropah | |
Dikawal oleh: | Institut Bahasa Czech | |
Kod bahasa | ||
ISO 639-1: | cs | |
ISO 639-2: | cze (B) | ces (T) |
ISO/FDIS 639-3: | ces — [[]] | |
Nota: Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris. |
Czech (Čeština ['ʧɛʃ.cɪ.na]) adalah salah satu bahasa Slavik Barat, bersama dengan bahasa Slovak, Poland, Pomerania (Kashubia), dan Sorbia Lusatia. Bahasa ini dituturkan oleh kebanyakan orang di Republik Czech dan oleh orang-orang Czech di seluruh dunia (lebih kurang 12 juta penutur pada jumlahnya). Bahasa Czech adalah amat serupa dengan bahasa Slovak dan pada kadar yang lebih kecil, dengan bahasa Poland. Bahasa Czech dan Slovak biasanya dapat saling difahami. Bagaimanapun, penutur-penutur yang dilahirkan selepas sekitar tahun 1985 mungkin menghadapi kesulitan untuk memahami beberapa perkataan (khususnya perkataan-perkataan yang berasal daripada bahasa Hungary) yang amat berbeza atau memahami bahasa bertuturan pantas. Kebanyakan dewasa yang bertutur dalam bahasa Czech dan Slovak mampu memahami satu sama lain tanpa kesusahan laksana mereka telah rutinnya terdedah kepada kedua-dua bahasa dalam televisyen dan radio kebangsaan Czechoslovakia sehingga pembubaran Czechslovakia pada tahun 1993. Televisyen Czechslovakia, khususnya saluran-saluran TV komersilnya, masih amat popular di kalangan penonton di Slovakia. Sebaliknya, disebabkan oleh imigrasi Slovakia yang semakin bertambah, bahasa Slovak telah disebarluaskan ke seluruh Republik Czech.
Sebagaimana dengan kebanyakan bahasa Slavik (kecuali kata nama am dalam bahasa Bulgaria moden dan bahasa Macedon, banyak perkataan (khususnya, kata nama, kata kerja, dan kata adjektif) mempunyai banyak bentuk (fleksi). Dari segi ini, bahasa-bahasa Czech dan Slavik adalah lebih serupa dengan bahasa Indo-Eropah, bahasa asalnya, berbanding dengan bahasa-bahasa lain dalam keluarga yang sama yang telah hilang kebanyakan fleksinya. Tambahan pula dalam bahasa Czech, peraturan-peraturan morfologi adalah terlalu tidak nalar dan banyak bentuk mempunyai kelainan-kelainan rasmi dan basahan, serta kekadangnya kelainan separa rasmi. Urutan kata menggunakan fungsi yang serupa dengan penekanan dan artikel dalam bahasa Inggeris. Kerapnya, kesemua pilih atur perkataan adalah mungkin. Sedangkan kebanyakan pilih atur berkongsi maksud yang sama, ia adalah berbeza kerana pilih-pilih atur berbeza dari segi artikulasi fokus topik. Sebagai contoh: Češi udělali revoluci (Orang-orang Czech memberontak), Revoluci udělali Češi (Adalah orang-orang Czech yang memberontak), dan Češi revoluci udělali (Orang-orang Czech ada memberontak).
Fonologi bahasa Czech mungkin menimbulkan masalah kepada para penutur bahasa-bahasa yang lain. Umpamanya, sesetengah perkataan tidak mempunyai vokal: zmrzl (pepejal beku), ztvrdl (terkeras), scvrkl (terkecut), čtvrthrst (sesuku genggam), blb (orang bodoh), vlk (serigala), and smrt (kematian). Contoh umum untuk ini ialah frasa "strč prst skrz krk" yang bermaksud "masukkan jari ke dalam kerongkong" atau "Smrž pln skvrn zvlhl z mlh." yang bermaksud "Morel yang penuh dengan bintik-bintik, akibat dibasahi kabut". Bagaimanapun, konsonan-konsonan l dan r berfungsi sebagai sonoran dan oleh itu, memenuhi peranan vokal (fenomena yang serupa juga terjadi dalam bahasa Inggeris Amerika; umpamanya, bird disebut sebagai [brd] dengan r silabik). Ia juga mencirikan konsonan ř, sepatah fonem bahasa Czech yang dikatakan unik dan agak susah bagi orang-orang asing membunyikan. Kepada telinga orang asing, bunyinya amat serupa dengan zh, walaupun anggaran yang lebih baik ialah r bergulung yang bergabung dengan zh. Secara kebetulan, bunyi ini (rž) juga kekadang digunakan sebagai ortografi dalam umpamanya, piagam diraja Rudolf II, Maharaja Rom Holy sejak tahun 1609. Huraian fonetik bunyi ini ialah "getaran alveolar bukan sonoran yang kuat" yang boleh mengambil bentuk, baik tanpa bunyi (pada hujung perkataan atau di sebelah konsonan tanpa bunyi) mahupun berbunyi (di tempat-tempat lain). Transkripsi IPAnya ialah [r̝], tetapi ini telah dipertikaikan kerana tidak mewakili bunyi ř yang betul.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Lihat juga
- Abjad bahasa Czech
- Háček
- Kata kerja bahasa Czech
- Nama bahasa Czech
- Ortografi bahasa Czech
- Tasrif bahasa Czech
- Urutan kata bahasa Czech
- Senarai Swadesh untuk kata-kata bahasa Slavik
[Sunting] Pautan luar
[Sunting] Kamus
- Laman web Seznam Slovník: Kamus berbilang bahasa
- Laman web Wordbook: Kamus berbilang bahasa
- Laman web Czech.dicts.info: Kamus-kamus Czech bebas
- Laman web Slovnik.cz: Kamus berbilang bahasa
- Kamus bahasa Czech-Inggeris Webster – bahasa Czech transliterasi
[Sunting] Kursus dan buku frasa dalam talian
- Kursus ringkas di Pendidikan BBC
- Buku frasa bahasa Czech-Inggeris-Jepun, dengan sebutan
- Sebutan bahasa Czech di UniLang Wiki
- Bahasa, abjad, dan sebutan bahasa Czech di Omniglot
- Gambaran keseluruhan bahasa Czech
[Sunting] Diakritik
[Sunting] Lain-lain
- Laman web rasmi Republik Czech
- Bahasa dan budaya Czech di www.bohemica.com
- Forum Czech – untuk semua orang yang minat akan Republik Czech
- Laporan Etnolog untuk bahasa Czech
- Institut Bahasa Czech (bahasa Czech)