Bank
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bank merupakan sebuah tempat di mana wang dapat disimpan dan dipinjamkan. Di zaman moden, bank bererti suatu institusi kewangan yang menawarkan khidmat perbankan dan mempunyai lesen untuk berbuat demikian.
Kata bank berasal dari bahasa Italia banca, yang diambil dari bahasa Jerman dan bermakna bangku. Ini adalah kerana pada awalnya, peminjam wang di utara Itali biasanya memberikan khidmat di tempat awam, dan mempunyai kerusi dan meja sendiri. Kata bankrap (bankrupt) pula berasal dari banca rotta, yang bermakna bangku pecah.
Biasanya bank menghasilkan untung dari bayaran pinjaman atas khidmat yang diberikan dan faedah dari pinjaman.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Senarai bank di Malaysia
- Malayan Banking
- Bumiputra Commerce Bank
- Bank Rakyat
- Bank Pertanian
- Bank Simpanan Nasional
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- Hong Leong Bank
- Public Bank
- Eon Bank
- RHB Bank
- AmBank
- SME Bank
- Affin Bank
- OCBC
[Sunting] Senarai Bank Asing Di Malaysia
- HSBC Bank
- Bangkok Bank