Cardcaptor Sakura
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Templat:Infobox animanga/Movie Templat:Infobox animanga/Movie
Cardcaptor Sakura | |
![]() |
|
カードキャプターさくら (Kādokyaputā Sakura) | |
Genre | Gadis magis, Komedi, romantis, Shōjo |
Manga | |
---|---|
Dikarang oleh | CLAMP |
Penerbit | ![]() |
Disirikan dalam | Nakayoshi |
Siaran asal | 1996 – 2000 |
Bilangan jilid | 12 |
Kartun animasi TV | |
Diarah oleh | Mamoru Kanbe |
Studio | Madhouse Studios |
Rangkaian | ![]() |
Siaran pertama | 7 April 1998 – 21 Mac 2000 |
Bilangan episod | 70 |
Cardcaptor Sakura (カードキャプターさくら) ialah siri manga/anime dari Jepun rekaan kumpulan artis manga shoujo CLAMP. Anime ini telah lama disiarkan oleh NTV7 di Malaysia.
Cerita ini mengisahkan Sakura Kinomoto, seorang kanak-kanak perempuan sekolah rendah yang menemui dan membuka sebuah peti misteri dalam bilik ayahnya, yang setelah dibuka, kemudiannya menimbulkan peristiwa yang mengubah kehidupannya. Setelah membuka peti itu dan mengaktifkan kuasanya, kad-kad yang disimpan dalamnya, iaitu Kad Clow, keluar dari kotak itu secara ajaib dan berterbangan di merata tempat di pekan Tomoeda yang didiami keluarganya. Sakura diberi tanggungjawab menemukan semula kad-kad Clow yang lain.
Sakura dibantu oleh Keruberos (Kero), seekor makhluk ganjil, serta sahabat karibnya Tomoyo Daidouji dalam kembara mereka menemui kad-kad Clow dan menyelamatkan bumi daripada ancaman luar biasa.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Watak-watak
- Sakura Kinomoto (木之本 桜) kanak-kanak perempuan yang dipertanggungjawabkan menemukan dan menjaga kad-kad Clow serta memastikan keselamatan awam di Tomoeda kerana kuasa-kuasa kad Clow yang boleh menimbulkan huru-hara jika tidak terkawal.
- Tomoyo Daidouji (大道寺 知世) rakan karib Sakura yang sama-sama belajar di Sekolah Rendah Tomoeda dan berkongsi rahsia mengenai tugas Sakura mencari kad Clow dan menyediakan kostum berbeza-beza bagi Sakura semasa pertarungan dengan kad liar.
- Kero (ケロ, nama penuh Cerberus/Keruberos ケルベロス) makhluk berbentuk anak patung berkulit jingga dan bersayap putih yang berpengetahuan dalam kad Clow dan kuasa-kuasanya. Dia turun ke buni untuk mencari pengganti Clow Reed dan justeru memilih Sakura. Bentuk sebenar Kero merupakan seekor singa bersayap putih dan mempunyai alas kepala seakan-akan topi keledar.
- Syaoran Li (李 小狼) kanak-kanak lelaki dari Hong Kong yang mula-mulanya bersaing dengan Sakura untuk memperoleh kad Clow tetapi lama-kelamaannya berdamai dan kemudian jatuh cinta kepada Sakura.
- Toya Kinomoto (木之本 桃矢) abang kepada Sakura yang penyibuk dan suka memerli dan memanggil adiknya sebagai "raksasa".
- Yukito Tsukishiro (月城 雪兎) merupakan remaja yang merupakan leleaki pertama yang menjadi pilihan Sakura sebagai teman cintanya di awal kisah cerita. Tanpa disedarinya, Yukito merupakan jelmaan Yue, penjaga bumi yang mengiringi Kero lama sebelum cerita ini bermula.
- Meiling Li (李 苺鈴) merupakan sepupu dan "tunang" Syaoran dalam anime ini.
- Yue (ユエ) merupakan penjaga kad Clow bersama Kero sewaktu Clow Reed hidup. Setelah Reed meninggal, Yue turun ke bumi sebagai jelmaan Yukito. Yue bertugas menguji kebolehan Sakura sebagai pengganti Reed.
- Kaho Mizuki (観月 歌帆) merupakan seorang guru ganti di Sekolah Rendah Tomoeda yang berkeperibadian misteri. Dia didapati berhubung kait dengan perihal kad Clow dan cuba menolong Sakura mengharungi ujian pewarisan kad Clow.
- Eriol Hiiragizawa (柊沢 エリオル) merupakan pelajar yang berpindah dari England yang merupakan jelmaan Clow Reed yang membawa memori dan kuasa Clow Reed. Meskipun kelihatan bagai watak jahat, namun dia sentiasa menyokong Sakura.
- Spinel Sun (スピネル・サン) dan Ruby Moon (ルビー・ムーン, juga dikenali sebagai Nakuru Akizuki 秋月 奈久留) merupakan makhluk pengiring Eriol.
[Sunting] Kontroversi
[Sunting] Umum
Walaupun ditujukan kepada pembaca/penonton kanak-kanak muda atau menghampirai remaja, terdapat segelintir pihak yang menyatakan bahawa dalam cerita ini terdapat elemen yang menimbulkan kepekaan masyarakat, terutamanya perhubungan Toya dan Yukito dianggap bagaikan homoseksual (dalam erti kata lain yaoi/shonen-ai). Unsur-unsur cinta monyet antara Sakura dan Syaoran atau Yukito juga kurang disenangi sesetangah ibu bapa.
[Sunting] Di Malaysia
Sewaktu ditayangkan di NTV7, anime ini menerima banyak potongan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia atas sebab-sebab yang "sukar diterima" oleh peminat anime ini. Antara adegan-adegan yang ditelunjuk oleh peminat sebagai puncanya ialah bentuk bintang dalam bulatan yang bucunya menyentuh lilitan bulatan tersebut, yang serupa dengan lambang ajaran Syaitan/Black Metal. Paling ketaranya ialah terdapat episod-episod yang hilang atau tersalah susun dalam penyiaran, maka terganggunya jalan cerita.
[Sunting] Pautan Luar
[Sunting] Laman Rasmi
- Laman Web Rasmi Cardcaptor Sakura (NHK) (Bahasa Jepun)
- Official Cardcaptors Website (Bahasa Inggeris)