Statistik
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Statistik adalah sains dan aplikasi dalam membangunkan pengetahuan manusia melalui penggunaan data empirikal. Statistik berasaskan teori statistik iaitu salah satu daripada cabang matematik. Dalam teori statistik, kerawakan dan ketidakpastian dimodelkan berasaskan teori kebarangkalian. Statistik termasuk perancangan, meringkaskan, dan memahami pemerhatian yang tidak menentu. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang ada, sesetengah orang menggolongkan statistik sebagai cabang teori keputusan.
[Sunting] Asal bidang statistik
Perkataan statistik berasal dari perkataan Latin moden frasa statisticum collegium (syarahan mengenai keadaan semasa), yang mana perkataan bahasa Itali perkataan statista, yang bererti "negarawan" atau "ahli politik".