Kemaman
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Daerah Kemaman terletak di negeri Terengganu, Malaysia. Pusat daerah Kemaman ialah Chukai. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Kemaman mengadap Laut China Selatan.
Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Geografi
Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu :
- Kawasan pantai.
- Kawasan pedalaman.
- Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai).
Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dan majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini memanjang sejauh kira-kira 38 batu dari Kuala Kemaman ke Kertih. Lebih separuh penduduk Kemaman tertumpu di kawasan ini.
Kawasan pedalaman daerah ini pula mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan berbukit bukau. Kawasan ini kaya dengan hasil bijih timah, tanaman kelapa sawit dan kayu kayan. Justeru itu, penempatan yang berlaku ada hubungkait dengan aktiviti ekonomi setempat.
Di samping itu, kawasan kaki bukit daerah ini mempunyai jumlah penduduk kedua ramainya. Kawasan ini terletak di antara kawasan persisiran pantai dan kawasan pedalaman. Aktiviti utama penduduk kawasan ini adalah sebagai petani.
[Sunting] Sejarah
- Sejarawan Mesir bernama Ptolemy yang membuat peta dunia termasuk Semenanjung Tanah Melayu menyebut [Kemaman]] sebagai Kole. Kuala Terengganu pula sebagai Primula.
- Sekitar tahun 1700 , Che Wan Teh keturunan bangsawan Kuala Pahang telah berhijrah ke sini berikutan sengketa di Pahang . Beliau peneroka pertama Kampung Bukit Mengkuang . Sebelum itu orang Sakai telah lama mendiami kawasan ini. Setelah kedatangan orang Melayu, orang Sakai berhijrah jauh di pedalaman Kemaman.
Kemudian Che Wan Teh pindah ke Tanjung Geliga di muara Sungai Kemaman bagi mencari kawasan lebih selamat. Seterusnya pindah ke Chukai yang lebih stabil dan selamat daripada ancaman lanun.
[Sunting] Penduduk
- 2000: penduduk daerah Kemaman seramai 137, 070 orang (15.6% daripada penduduk Negeri Terengganu).
- 2005: penduduk Kemaman dijangka 158, 660 orang dengan kepadatan penduduk pada kadar 62 orang kmp. Melayu seramai 90.9%, Cina 4.3%, India 0.5% dan lain-lain 4.3%.
[Sunting] Kemudahan awam
- Perwaja Steel, Teluk Kalong, Kemaman,
- Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Polis Diraja Malaysia, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman
- Hospital Kemaman , 24000 Kemaman
- Klinik Pergigian Kemaman, Hospital Kemaman, 24000 Kemaman
- Klinik Pergigian Daya Bunga 10 Jln Sultan Ismail
- Klinik Pergigian MA 2E Jln Air Jernih
- Poliklinik Kemaman ,K305 Jalan Che Teng, 24000 Kemaman
- Pejabat Pos Air Putih , JKR 919, Pekan Air Puteh, 24050 Chukai
- Pejabat Pos Cukai , JKR 280, Jln. Masjid, 24000 Chukai
- Sekolah Kebangsaan Chukai , Jalan Penghiburan, 24000 Kemaman
[Sunting] Pautan luar
![]() |
Terengganu Darul Iman | ![]() |
---|---|---|
Daerah: Kuala Terengganu | Hulu Terengganu | Besut | Setiu | Marang | Dungun | Kemaman | ||
Bandar: Bandar Al-Muktafi Billah Shah | Bandar Ketengah Jaya | Bandar Permaisuri | Bandar Seri Bandi | Batu Rakit | Bukit Besi | Chukai | Gong Kedak | Jabur | Jerangau | Jerteh | Kemasik | Kerteh | Kijal | Kuala Besut | Kuala Berang | Kuala Dungun | Kuala Terengganu | Paka | Rantau Abang | Seberang Takir | Teluk Kalung | ||
Pulau: Pulau Bidong | Pulau Kapas | Pulau Lang Tengah | Pulau Perhentian | Pulau Redang |
![]() |
||
---|---|---|
Negeri | Johor • Kedah • Kelantan • Melaka • Negeri Sembilan • Pahang • Perak • Perlis • Pulau Pinang • Sabah • Sarawak • Selangor • Terengganu | ![]() |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur • Labuan • Putrajaya |