One in a Million
Dari Wikipedia bahasa Melayu
One in a Million merupakan program realiti berbentuk pertandingan menyanyi di 8TV yang menawarkan RM1 juta kepada juaranya untuk tujuan pembangunan kerjaya si juara sebagai artis. Pada musim pertama (tahun 2006), hadiah tunai tersebut dirangkul oleh Suki Low Sook Yee, manakala naib juaranya ialah Ahmad Faizal Mohd Tahir dan Alif Satar. Suki dan Faizal menyertai Monkey Bone Records yang ditubuhkan oleh Ahmad Izham Omar, ketua pegawai operasi 8TV.
[Sunting] Pengacara
- Awal Ashaari: Beliau menimba pengalaman mengacarakan beberapa rancangan dan juga pernah muncul dalam sebilangan siri drama seperti Misi XX Ray dan filem. Sebenarnya, Awal juga berpengalaman menyertai rancangan realiti TV, iaitu mencapai pusingan ketiga pada musim pertama Malaysian Idol.
- Marion Caunter: Anak kelahiran Pulau Pinang yang pernah menuntut di Uiversiti Marquette di Amerika Syarikat ini pernah menyandang jawatan sebagai hos 8TV Quickie dan kini bertugas di Channel [V] juga sebagai pengacara televisyen.
[Sunting] Juri
- Syafinaz Selamat: Popular dengan persembahan beliau dalam persada muzik klasik dan kontemporari, dan juga seorang penerima ijazah muzik dari Universiti Teknologi MARA dan juga pensyarah di universiti tersebut serta juga di Akademi Seni Negara. Beliau juga menimba pengalaman menjadi pengkritik program pertandingan menyanyi yang lain seperti musim ketiga dan keempat Akademi Fantasia.
- Paul Moss: dikenali sebagai juri Malaysian Idol yang amat terus terang ketika meluahkan pendapat mengenai peserta program realiti, pengalaman beliau dalam industri muzik bermula pada zaman 1980-an dengan menjadi ahli kumpulan Aishah and The Fan Club di tanah air beliau New Zealand. Beliau pernah menjadi seorang penerbit muzik di Positive Tone dan kini menjadi Pengurus Jenama 8TV.
[Sunting] Rancangan
[Sunting] Musim pertama
One in a Million | ||
One in a Million (Season 1) | ||
Peserta | Tarikh Persembahan Akhir | Tarikh Penyingkiran |
Suki (Low Sook Yee) | 22 September, 2006 (Top 3) | Juara |
Faizal (Faizal Tahir) | 22 September, 2006 (Top 3) | 22 September, 2006 |
Alif (Muhammad Alif bin Mohd Satar) | 22 September, 2006 (Top 3) | 22 September, 2006 |
Dayang (Dayang Nurfaizah) | 8 September, 2006 (Top 4) | 15 September, 2006 |
Farah (Farah Asyikin bt Zulkifli) | 1 September, 2006 (Top 5) | 8 September, 2006 |
Azfar (Alif Asfar Bin Ishak) | 25 Ogos, 2006 (Top 6) | 1 September, 2006 |
Lokman (Mohd Lokman Aslam b. Abdul Mutalip) | 18 Ogos, 2006 (Top 7) | 25 Ogos, 2006 |
Zai (Zaihanee bt Zainal Abidin) | 11 Ogos, 2006 (Top 8) | 18 Ogos, 2006 |
Alia (Nur Hasliah Abbu Hassan) | 4 Ogos, 2006 (Top 9) | 11 Ogos, 2006 |
Ameen (Shahmeen Shah bin Halim Shah) | 28 Julai, 2006 (Top 10) | 4 Ogos, 2006 |
Mimi (Norshammeme Arzeyana binti Shamsuddin) | 21 Julai, 2006 (Top 12) | 28 Julai, 2006 |
Anny (Anny Johanna binti Mohammad Shariff) | 21 Julai, 2006 (Top 12) | 28 Julai, 2006 |

Uji bakat diadakan di Kota Kinabalu dan di Kuala Lumpur pada bulan April 2006. Para penguji bakat menyanyi di hadapan dua orang pengkritik. Peserta yang memuaskan hati para pengkritik dilayakkan ke tahap seterusnya. Peserta yang mutu bakatnya kurang dipastikan oleh pengkritik akan diletakkan di bawah kategori maybe di mana mereka membuat persembahan semula kepada pengkritik.
Para peserta yang layak ke tahap "Central Elimination", akan dipisahkan kepada kumpulan lelaki dan perempuan; kumpulan perempuan mula dahulu. Dalam kumpulan itu, para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan yang setiap satunya terdiri kepada lapan orang dan hanya empat daripada setiap kumpulan kecil itu layak ke pusingan seterusnya. Peraturan yang sama ditaklukkan kepada kumpulan lelaki dan hanya 40 orang peserta mara ke pusingan seterusnya.
Kemudian, 40 peserta itu melalui dua lagi pusingan penyingkiran yang digelar 'Blind Test' dan 'Style/Presentation Test'. Dalam 'Blind Test', para peserta perlu menyanyi di sebalik sehelai layar lutcahaya. Dalam ujian 'Style/Presentation' pula, dua orang juri undangan turut menilai gaya dan penyampaian para peserta. Hanya 20 peserta mara ke pusingan penyingkiran awal.
20 peserta itu kemudiannya disusun menurut prestasi terdahulu mereka. Peserta yang ditempatkan dalam 10 Teratas mendapat peluang untuk memilih salah seorang daripada peserta 10 Terbawah untuk bersaing dengan nyanyian. Peserta berkedududkan nombor 1 Suki tersingkir setelah menyaingi peserta nombor 11 Alif sementara peserta nombor 3 Zai tersingkir setelah memilih untuk menyaingi peserta nombor 20 Ameen.
Pada minggu berikutnya, The Second Chance Show diadakan untuk memberi peluang kedua untuk 10 orang peserta yang tersingkir dalam pusingan penyingkiran awal untuk meraih dua tempat terakhir dalam Top 12. Suki menjadi pilihan Malaysia melalui undian penonton manakala Zai dipilih oleh para juri.
Episod istimewa berjudul Circle of 12 disiarkan tanpa menampakkan apa-apa penyingkiran. melalui inilah penonton dapat mengenali lebih lanjut mengenai peserta Top 12 dan sebab-sebab peserta tersebut harus diundi, disertakan juga babak imbasan semula setiap peserta.
Pada tahap kemuncak, peserta Top 12 perlu memilih sebuah lagu yang perlu diyanyikan mereka di hadapan penonton dalam studio (Sri Pentas 2) dan di hadapan kaca TV melalui siaran langsung. Episod-episod dan sedutan khas One in a Million juga dirakam dan dimuat naik ke dalam laman web rasminya untuk tatapan penonton yang mungkin terlepas siaran asalnya. Pada penyingkiran yang pertama dalam Top 12, dua peserta telah disingkirkan. Selepas itu, seorang peserta disingkirkan setiap minggu. Pusingan akhir diadakan pada 22 September 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Suki dinobatkan sebagai juara yang meraih Sejuta Ringgit manakala Faizal dan Alif masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. pada permulaan rancangan pusingan akhir, Marion Caunter dan Awal Ashaari mengumumkan bahawa Faizal meraih jumlah undian terendah sepanjang minggu terakhir, namun beliau diberi satu lagi peluang untuk bersaing untuk hadiah utama sebagai sebahagian daripada kejutan yang pernah diumumkan sebelum ini, iaitu rancangan tidak berlakunya penyingkiran seperti biasa.
[Sunting] Finalis
[Sunting] Musim pertama
[Sunting] Suki (Low Sook Yee)
Suki merupakan juara musim 2006. Beliau dicalonkan sebagai pesert paling berkemungkinan untuk menang, dengan kedudukan lebih tinggi berbanding penyanyi profesional Dayang Nurfaizah setelah ujian awal. Beliau tersingkir dalam puasingan penyingkiran pertama tetapi kembali melalui undian popular dalam pusingan Second Chance stage. Beliau juga satu-satunya peserta berkaum Cina dalam peringkat akhir.
- Mobile - Avril Lavigne (Top 20)
- I'm With You - Avril Lavigne (Second Chance)
- Underneath Your Clothes - Shakira (Top 12)
- You Oughtta Know - Alanis Morissette (Top 10)
- Behind These Hazel Eyes - Kelly Clarkson (Top 9)
- Pasangan Yang Tepat - Marshanda (Top 8)
- Inside Your Heaven – Carrie Underwood (Top 7)
- When It Falls Apart - The Veronicas (Top 6)
- Pudar - Rossa (Top 6)
- Kaulah Segalanya - Ruth Sahanaya (Top 5)
- Cepat-cepat - Jaclyn Victor (Top 5)
- Mimpi Pun Sama - Sarah (Top 4)
- Permata Pemotong Permata - Ella (Top 4 - Duet dengan Ella)
- Losing Grip - Avril Lavigne (Top 3)
- Seindah Biasa - Siti Nurhaliza (Top 3)
- Berdiri - Karya asli (Akhir)
- Everything - kumpulan M2M (Akhir)
[Sunting] Muhammad Alif bin Mohd Satar
- This Love - kumpulan Maroon 5 (Top 20)
- Pria Terhebat - kumpulan Sheila on 7 (Top 12)
- Mama Tolong Percaya - kumpulan Exist (Top 10)
- Lonely No More - Rob Thomas(Top 9)
- Unwell - matchbox twenty (Top 8)
- Feeling Good – Michael Buble (Top 7)
- Harder to Breathe - Maroon 5 (Top 6)
- Tak Bisakah - kumpulan Peterpan (Top 6)
- Ain't No Other Man - Christina Aguilera (Top 5)
- The Remedy – Jason Mraz (Top 5)
- Footloose - Kenny Loggins (Top 4)
- Pretty Young Thing - Michael Jackson (duet dengan Reshmonu) (Top 4)
- The Call - Backstreet Boys(Top 3)
- Namun Ku Punya Hati - (Top 3)
- Khayal - Karya Asli (Akhir)
- Give Me Just One Night - 98 Degrees (Akhir)
[Sunting] Faizal Tahir
- Chariot – Gavin DeGraw (Top 20)
- I Don’t Wanna Be – Gavin DeGraw (Top 12)
- With A Little Help From My Friends – Joe Cocker (Top 10)
- Are You Gonna Be My Girl – kumpulan Jet (Top 9)
- L.O.V.E.- Ashlee Simpson (Top 8)
- Warisan Wanita Terakhir – kumpulan Teacher’s Pet (Top 7)
- Elevation - kumpulan U2 (Top 6)
- Superstition - Stevie Wonder (Top 6)
- Superman - Five for Fighting (Top 5)
- Raikan Cinta – M. Nasir (Top 5)
- Have a Nice Day - Bon Jovi (Top 4)
- Bohemian Rhapsody - kumpulan Queen (duet dengan Deja Voodoo Spells) (Top 4)
- Save Me - Remy Zero (Top 3)
- Kenangan Terindah - kumpulan Samsons (Top 3)
- Maha Karya Cinta - Karya Aali (Akhir)
- Medley We Will Rock You, L.O.V.E. dan I Don't Wanna Be - kumpulan Queen, Ashlee Simpson dan Gavin DeGraw (Akhir)
[Sunting] Dayang Nurfaizah
- One Last Cry - Brian McKnight (Top 20)
- Aku Cinta Padamu - Sheila Majid (Top 12)
- Survivor - Destiny's Child (Top 10)
- Crazy In Love - Beyoncé Knowles (Top 9)
- Selamanya - kumpulan Innuendo(Top 8)
- Because You Loved Me – Celine Dion (Top 7)
- Fever - Peggy Lee (Top 6)
- Be Without You - Mary J. Blige (Top 6)
- Gemilang - Jaclyn Victor (Top 5)
- Dangerously In Love - Beyoncé Knowles (Top 5)
- Buttons - Pussycat Dolls (Top 4)
- My Boo - Usher dan Alicia Keys (duet dengan kumpulan VE) (Top 4)
[Sunting] Farah Asyikin bt Zulkifli
- Pupus – Dewa (Top 20)
- Baby One More Time – Britney Spears (Top 12)
- Total Eclipse of the Heart – Bonnie Tyler (Top 10)
- Bilang Saja – Agnes Monica (Top 9)
- Time After Time- Cyndi Lauper (Top 8)
- Anytime You Need A Friend – Mariah Carey (Top 7)
- Takkan Ada Cinta Yang Lain - Dewa (Top 6)
- Tak Tercapai Akalmu - Elyana (Top 6)
- Trees - Marty Casey (Top 5)
- Unfaithful – Rihanna(Top 5)
[Sunting] Alif Asfar Bin Ishak
- Syair Laila Majnun - Ramli Sarip (Top 20)
- Salsabila - Yasin (Top 12)
- Manis - Zainal Abidin (Top 10)
- Kasihnya Laila - kumpulan Jinbara (Top 9)
- Kamu - Nitrus (Top 8)
- Dealova – Once (Dewa 19) (Top 7)
- Andalusia - M. Nasir (Top 6)
- Inayah - Zainal Abidin (Top 6)
[Sunting] Mohd Lokman Aslam b. Abdul Mutalip
- Drops of Jupiter - kumpulan Train Top 20
- Kau Bukan Kekasihku - Ella (Top 12)
- Generasiku - kumpulan OAG Top 10
- Bad Day - Daniel Powter (Top 9)
- Menanti Sebuah Harapan - Padi (Top 8)
- Terbaik – Ella (Top 7)
[Sunting] Zaihanee binti Zainal Abidin
- How Could An Angel Break My Heart - Toni Braxton (Top 20)
- Fallin - Alicia Keys (Second Chance)
- Killing Me Softly - Roberta Flack (Top 12)
- I Don't Wanna Miss A Thing - Aerosmith (Top 10)
- Hit 'Em Up Style - Blu Cantrell (Top 9)
- Incomplete - Backstreet Boys (Top 8)
[Sunting] Nur Hasliah Abbu Hassan
- Kasih Kita - Aishah (Top 20)
- Menghitung Hari - Kris Dayanti (Top 12)
- Tentang Dia - Melly Goeslaw (Top 10)
- Sway - Michael Bublé/Dean Martin (Top 9)
[Sunting] Shahmeen Shah bin Halim Shah
- Mrs Jones (Top 20)
- More Than Words - kumpulan Extreme (Top 12)
- Hatiku Luka Lagi (Top 10)
[Sunting] Norshammeme Arzeyana binti Shamsuddin
[Sunting] Anny Johanna binti Mohammad Shariff
[Sunting] Penyingkiran musim pertama
Tarikh | Enam terbawah | |||||
28 Julai | Anny | Mimi | Alia | Azfar | Farah | Suki |
Tarikh | Lima terbawah | |||||
4 Ogos | Ameen | Alia (2) | Lokman | Zai | Dayang | |
Tarikh | Empat terbawah | |||||
11 Ogos | Alia (3) | Zai (2) | Azfar (2) | Farah (2) | ||
18 Ogos | Zai (3) | Lokman (2) | Azfar (3) | Farah (3) | ||
25 Ogos | Lokman (3) | Azfar (4) | Farah (4) | Faizal | ||
Date | Tiga terbawah | |||||
1 September | Azfar (5) | Farah (5) | Alif | |||
8 September | Farah (6) | Alif (2) | Dayang (2) | |||
Tarikh | Dua terbawah | |||||
15 September | Dayang (3) | Alif (3) | ||||
22 September,
Peringkat akhir |
Alif (4) | Faizal (2) |
Di kedudukan terbawah. Disingkirkan | Di kedudukan terbawah. | Di kedudukan terbawah. Meraih imuniti |