Philippine Airlines
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Philippine Airlines | ||
---|---|---|
IATA PR |
ICAO PAL |
Pengenalan Philippine |
Penubuhan | 1941 | |
Hab | Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu |
|
Program frequent flyer | Mabuhay Miles (formerly PALsmiles) | |
Lobi ahli | Mabuhay Lounges | |
Bilangan pesawat | 32 | |
Destinasi | 42 | |
Ibu pejabat | Makati City, Filipina | |
Tokoh | Gabriel C. Singson (Pengerusi Emiritus), Lucio C. Tan (Pengerusi dan CEO) | |
Laman web: www.philippineairlines.com |
Philippine Airlines,PAL, ialah penerbangan kebangsaan Filipina beribu pejabat di Makati, Manila. Berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Philippine Airlines terbang ke 21 destinasi domestik dan 32 destinasi antarabangsa.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Philippine Airlines ditubuhkan pada tahun 1941 oleh sekumpulan ahli perniagaan Filipina. Ia memulakan operasi dengan pesawat Beech dan terbang ke Baguio. Perkhidmatan PAL terpaksa diberhentikan ketika tercetusnya Perang Dunia Kedua. Pada Februari 1946, PAL meneruskan semula operasinya dengan perkhidmatan ke 15 destinasi domestik. Douglas DC-3 digunakan dalam operasinya dan pada Julai 1946, DC-4 memasuki perkhidmatan PAL. DC-4 PAL terbang merentasi Pasifik ke California dan ini menjadikannya syarikat penerbangan Asia pertama terbang merentasi Lautan Pasifik.
Pada tahun 1962, PAL memasuki era jet dengan pembelian Douglas DC-8. Pada tahun 1979, Boeing 727, Boeing 747-200 dan Airbus A300-B4 memasuki operasi PAL dan destinasi Singapura dimulakan. Pada 1982, PAL memulakan operasi ke Paris melalui Zurich. Pada 1989 pula, Boeing 737 memasuki perkhidmatan. Pada November 1993 pula, PAL membeli Boeing 747-400 dan pada tahun 1997, PAL membeli Airbus A340-300
Walaubagaimanapun, pada akhir 1990, PAL menghadapi krisis kewangan terburuk dalam sejarah kesan kemelesetan ekonomi pada akhir 1990. Perkhidmatan PAL diberhentikan dari tahun 1997 hingga 2001.
Pada tahun 2001, PAL memasuki perkhidmatan semula dan menyambung semula penerbangan ke Sydney, Busan, Taipei , Jakarta, Vancouver, Ho Chi Minh City, dan Bangkok dan melancarkan destinasi baru iaitu Shanghai dan Melbourne.
Pada 2003, PAL kembali semula ke Kuala Lumpur dan terbang ke Okinawa. PAL juga melancarkan sistem tempahan dalam taliannya yang terbaru.
Pada tahun 2004, PAL memulakan perkhidmatan ke Las Vegas bagi menandakan ulang tahunnya yang ke-63.
[Sunting] Pesawat
- Boeing 747-400(5)
- Boeing 737-400(1)
- Boeing 737-300(2)
- Airbus A340-300(4)
- Airbus A330-300(8)
- Airbus A320-200(9)
- Airbus A319-100(3)
[Sunting] Destinasi
Untuk rencana lanjutan lihat Destinasi-destinasi Philippine Airlines
PAL terbang ke benua-benua Asia, Australia, Eropah, Amerika Utara dan Pasifik