Sukan Malaysia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sukan Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.
SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang-seli mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Objektif SUKMA
- Untuk mempertingkatkan mutu sukan dan menggalakkan pertumbuhan bilangan penyertaan di peringkat negeri dan daerah terutama dalam sukan-sukan yang diberi keutamaan.
- Menggalakkan dan mempertingkatkan prestasi kepegawaian seperti jurulatih, pegawai-pegawai teknikal, dan pentadbir-pentadbir sukan.
- Menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta membaikpulih kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan daerah.
- Menjadi asas pemilihan atlet-atlet bagi mewakili negara ke peringkat antarabangsa di masa hadapan.
- Menjadikan sebagai usaha meningkatkan integrasi nasional di kalangan masyarakat Malaysia.
[Sunting] Pengelolaan
No. | Tarikh | Tuan Rumah | Bilangan jenis sukan | Bilangan kontinjen | Bilangan peserta |
---|---|---|---|---|---|
I | 9 - 16 Apr 1986 | Kuala Lumpur | - | 17 | 4,552 |
II | 9 - 12 Nov 1988 | Kuala Lumpur | 18 | 17 | 4,995 |
III | 18 - 27 Jul 1990 | Sarawak | - | 16 | 3,426 |
IV | 2 - 12 Jul 1992 | Johor | - | 17 | 5,151 |
V | 9 - 18 Jun 1994 | Perak | - | 17 | 5,664 |
VI | 1 - 10 Jun 1996 | Pahang | - | 19 | 6,495 |
VII | 17 - 26 Apr 1998 | Selangor | 24 | 16 | 5,028 |
VIII | 25 Mei - 4 Jun 2000 | Pulau Pinang | - | 19 | 5,875 |
IX | 7 September - 14 September 2002 | Sabah | - | 20 | 5,000 |
Majlis Sukan Negara Malaysia telah menggunakan SUKMA V, VI dan VII ini sebagai gelanggang untuk mengenal pasti atlet-atlet muda yang berpotensi untuk diasuh sebagai persiapan Negara untuk menghadapi Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.
SUKMA VIII Tahun 2000 di Pulau Pinang, merupakan sistem secara bidaan (bidding) yang terakhir dalam penganjuran SUKMA.
SUKMA IX Tahun 2002 di Negeri Sabah adalah yang pertama dipilih dalam penganjuran SUKMA secara sistem 'Zon'. Negeri Sabah diletakkan dalam Zon I yang juga mengandungi negeri Sarawak dan WP Labuan.
[Sunting] Sukan yang dipertandingkan di Sukan Malaysia 2006
- Akuatik
- Renang
- Terjun
- Angkat berat
- Badminton
- Bola jaring
- Bola keranjang
- Bola sepak
- Boling Padang
- Gimnastik Artistik
- Gimnastik Gimrama
- Golf
- Hoki
- Karate
- Lawan pedang
- Memanah
- Menembak
- Olahraga
- Perahu Layar
- Pencak Silat
- Ping pong
- Ragbi
- Sepak Takraw
- Skuasy
- Taekwando
- Tenpin Boling
- Tinju
- Wushu
[Sunting] "Sistem Zon" untuk menjadi Tuan Rumah
Tahun | Zon I | Zon II | Zon III | Zon IV | Zon V |
---|---|---|---|---|---|
2004 | Negeri Sembilan, Melaka, Johor | ||||
2006 | - | Perak, Kuala Lumpur, Kedah | |||
2008 | - | - | Pahang, Terengganu, Kelantan | ||
2010 | - | - | - | Pulau Pinang, Selangor, Perlis | |
2012 | - | - | - | - | Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan |
2014 | Negeri Sembilan, Melaka, Johor |
[Sunting] Logo SUKMA
Ilustrasi menunjukkan kecerdasan dan kecergasan atlet yang menyertai Sukma kali ini.
Warna Kuning dan Hijau ~ Warna rasmi dan kebangsaan Negeri Kedah Darul Aman
Warna Merah ~ Melambangkan semangat para atlet.
Warna Biru ~ Melambangkan keluhuran dan keikhlasan para peserta
Warna Kuning ~ Semangat perjuangan ke arah nilai keemasan
[Sunting] Lagu SUKMA XI - KEDAH 2006
Sukan Cemerlang Negara Terbilang
Artis : Warisan AD
Hembusan semangat membuka lembaran sejarah
Api membakar terus membara di dalam jiwa terpancar
Sinar harapan yang menanti.
Rentasi rintangan bersama semangat kesukanan
Terbang bak helang megah penuh aksi
Di pentas arena pertarungan
Bersatu hati penuh harmoni
Melangkah jua kita seiringan
Memburu harapan mengejar impian
SUKMA kesebelas jadi kenyataan
Sukan Cemerlang Negara Terbilang
SUKMA di Kedah Darul Aman
Jejakkan kakimu
Bukan sekadar ilusi
Kekecewaan, kemenangan
Menjadi kenangan selamanya......
Melangkah jua kita seiringan
Memburu harapan mengejar impian
SUKMA kesebelas jadi kenyataan
Sukan Cemerlang Negara Terbilang
SUKMA di Kedah Darul Aman
SUKMA di Kedah Darul Aman
[Sunting] Keputusan Sukan Malaysia
Untuk rencana lanjutan, lihat Pungutan Pingat Sukan Malaysia 2006
Berikut merupakan senarai 5 kontinjen teratas dalam pungutan pingat (mengikut jumlah mata).
Sukan Malaysia | Ranking lain | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ranking | Kod Kontinjen | Kontinjen | Mata | Keempat | Jumlah | Senarai mengikut jumlah emas | Senarai mengikut jumlah pingat | |||
1 | SEL | Selangor | 629 | 53 | 44 | 56 | 41 | 153 | 1 | 1 |
2 | SAR | Sarawak | 507 | 36 | 42 | 55 | 39 | 133 | 4 | 2 |
3 | PEN | Pulau Pinang | 480 | 36 | 40 | 52 | 35 | 128 | 4 | 3 |
4 | PAH | Pahang | 426 | 39 | 36 | 32 | 19 | 107 | 2 | 4 |
5 | PRK | Perak | 415 | 37 | 25 | 33 | 28 | 95 | 3 | 6 |
[Sunting] Pautan luar
|
|
---|---|
Perlis | Kedah | Pulau Pinang | Perak | Selangor | Negeri Sembilan | Melaka | Johor | Kelantan | Terengganu | Pahang | Sabah | Sarawak | Brunei | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Wilayah Persekutuan Labuan | Polis Diraja Malaysia | Angkatan Tentera Malaysia | Majlis Sukan Universiti Malaysia | Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia |