Terung
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Terung | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
Solanum melongena L. |
|||||||||||||||||
|
Terung merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Terung juga dikenali dengan nama saintifik Solanum melongena (terung ungu) dan S. esculentum (terung putih). Terung banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur. Tekstur terung mentah agak berspan dan keras, tetapi menjadi lembut apabila dimasak.
Jenis terung yang berbentuk serupa telur ayam dikenali sebagai terung India, manakala terung Cina lebih serupa dengan timun. Kedua-duanya mempunyai warna dari putih ke ungu ke ungu tua.