Eritrea
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
|||||||
Ibu negara (dan bandar terbesar) |
Asmara | ||||||
Bahasa rasmi | tiada | ||||||
Kerajaan –Presiden |
Kerajaan peralihan Isaias Afewerki |
||||||
Kemerdekaan – De facto – De jure |
dari Habsyah 29 Mei, 1991 24 Mei, 1993 |
||||||
Kawasan – Jumlah – Air (%) |
117,600 km² (ke-100) 45,405 b psg tidak penting |
||||||
Populasi – anggaran Julai 2005 – banci 2002 – Kepadatan |
4,401,000 (ke-118) 4,298,269 37/km² (ke-165) 96/b psg |
||||||
GDP (PPP) – Jumlah – Per kapita |
anggaran 2005 $4.471 billion (ke-168) $1,000 (ke-214) |
||||||
HDI (2005) | 0.454 (rendah) (ke-157) | ||||||
Matawang | Nakfa (ERN) | ||||||
Zon waktu – Musim panas (DST) |
EAT (UTC+3) tidak diperhatikan (UTC+3) |
||||||
Kod panggilan TLD Internet |
+291 .er |
- Rencana ini adalah mengenai Negara Afrika. Untuk Kota Greek, sila lihat Eretria.
Eritrea (Ge'ez ኤርትራ ʾĒrtrā) ialah sebuah negara di bahagian utara Afrika Timur. Namanya berasal daripada perkataan bahasa Latin untuk Laut Merah, Mare Erythraeum, yang berasal pula daripada perkataan bahasa Greek yang bermaksud "merah" (ερυθρός , erythros). Negara ini menyempadani Sudan di barat, Ethiopia di selatan, dan Djibouti di tenggara. Bahagian timur dan timur laut negara ini mempunyai garis pinggir laut yang panjang yang menghadapi Laut Merah, betul-betul berhadapan dengan Arab Saudi dan Yaman. Kepulauan Dahlak dan banyak pulau di Kepulauan Hanish merupakan sebahagian Eritrea.
Eritrea digabungkan menjadi sebuah tanah jajahan oleh kerajaan Itali pada 1 Januari 1890.[1] Negara bangsa moden Eritrea mencapai kemerdekaan daripada Ethiopia selepas berperang selama tiga puluh tahun dari 1961 hingga 1991. Eritrea secara rasmi merupakan sebuah demokrasi berparlimen yang terdiri daripada enam kawasan, tetapi kini berfungsi sebagai sebuah negara satu parti. Eritrea adalah sebuah negara berbilang bahasa dan berbilang budaya dengan dua agama utama serta sembilan kerakyatan, dengan setiap mereka bertutur dalam bahasa yang berlainan. Negara ini tidak mempunyai bahasa rasmi, tetapi menggunakan tiga bahasa kerja, iaitu bahasa Tigrinya, bahasa Arab, dan bahasa Inggeris. Bahasa keempat, iaitu bahasa Itali, kekadang juga digunakan untuk perdagangan. [2][3]
[Sunting] Rujukan
- ↑ Killion, Tom (1998). Kamus Sejarah Eritrea. ISBN 0-8108-3437-5.
- ↑ (Perancis) [ http://cy.revues.org/document39.html Les langues en Erythrée]. Dicapai pada 18 Julai 2006
- ↑ "[ http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/profiles/Eritrea.pdf Profil Negara:Eritrea]. Perpustakaan Kongres. Dicapai pada 18 Julai 2006
[Sunting] Pautan luar
Carilah maklumat lanjut di Eritrea melalui projek-projek kembar Wikipedia: Takrif kamus dari Wiktionary |
Kerajaan
Lain-lain