Formula Satu
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
||
Formula Satu, atau F1, atau juga dikenali sebagai perlumbaan Grand Prix, adalah kelas tertinggi perlumbaan formula kereta satu tempat duduk dengan tayar terdedah. Ia mengandungi siri-siri perlumbaan yang dikenali sebagai Grand Prix yang diadakan di litar perlumbaan ataupun di jalan raya tertutup bagi menentukan dua pemenang tahunan : pemandu dan pembina kereta. Kereta F1 berlumba pada kelajuan yang selalunya melebihi 320 kilometer sejam atau 200 batu sejam. Kereta F1 perlu memenuhi beberapa spesifikasi yang dicipta bagi menyekat tahap kelajuan maksimum demi keselamata. Pada 2006 dengan peraturan baru, enjin kereta F1 telah di kurang ke enjin V8 normally-aspirated dengan sesaran 2.4 liter yang menghasilkan kuasa sebanyak 750 bhp pada hampir 20,000 rpm. Peraturan-peraturan perlumabaan F1 memberikan penekanan khas pada eletronik, aerodinamik, sistem gantungan dan tayar. Perlumbaan F1 telah melalui banyak evolusi dan perubahan melalui sejarah persukanan ini : dari enjin normally-aspirated 4-sejajar ke enjin V12 supercaj, seseran dari 1.6 ke 4.5 liter dan kuasa maksimum mencecah 1200 bhp dalam sejarah siri F1 di era turbo.
Eropah merupakan pusat tradisi F1 dan masih lagi menerajui market F1, namun begitu, Gran Prix diadakan di seluruh dunia, dan dengan perlumbaan di Bahrain, China, Malaysia dan Turki, ianya terus berkembang. Sebagai sukan termahal dunia, kesan ekonominya adalah nyata sekali, dan kewangannya dan pertarungan politik secara luas diperhatikan. Profailnya yang tinggi dan populariti membuatkan ia alam barang niaga yang ketara dimana memandu ke pelaburan tinggi dari tajaan terjemahkannya ke dalam belanjawan kewangan yang tersangat tinggi untuk pasukan konstruktor, bagaimanapun, pada tahun kebelakangan beberapa pasukan telah gulung tikar seperti Prost Peugeout dan Arrows.
Sukan ini dikawal oleh Fédération Internationale de l'Automobile, dengan ibu pejabatnya di Place de la Concorde, Paris. Presidennya yang kini ialah Max Mosley, dan secara amnya dinaikkan pangkat dan dikawal oleh pemegang hak komersial rasmi Bernie Ecclestone melalui pelbagai entiti korporat.
[Sunting] Sejarah
Siri F1 berasaskan lumba kereta Grand Prix Eropah pada tahun 1920-an dan 1930-an. "Formula" tersebut ialah satu set peraturan yang perlu dipatuhi kesemua peserta. F1 merupakan formula baru yang dipersetujui setelah Perang Dunia Kedua pada tahun 1946, iaitu tahun ketika perlumbaan bukan kejohanan dilangsungkan. Sebilangan pertubuhan perlumbaan Grand Prix telah merangka peraturan bagi satu Kejohanan Dunia sebelum perang, namun akibat penggantungan acara lumba ketika perang, Kejohanan Pelumba Dunia tidak dirasmikan sehingga 1947. Perlumbaan kejohanan dunia pertama diadakan di Silverstone, United Kingdom pada tahun 1950. Satu kejohanan bagi pembina kereta menyusul pada 1958. Kejohanan negara wujud di Africa Selatan dan UK pada 1960-an dan 1970-an. Perlumbaan F1 bukan kejohanan dilangungkan selama beberapa tahun, namun oleh sebab kos penganjuran yang makin tinggi, perlumbaan sedemikian yang terakhir diadakan pada 1983.
Gelaran sukan ini, Formula Satu, menandakan bahawa sukan ini dihendakkan menjadi formula perlumbaan yang paling canggih dan kompetitif.
[Sunting] Grand Prix
Bilangan acara Grand Prix yang diadakan dalam satu musim banyak berubah dari tahun ke tahun. Hanya tujuh perlumbaan membentuk musim julung pada 1950; selama bertahun-tahun saiz kalendar penganjurannya berganda tiga kali. Sungguhpun bilangan perlumbaan kekal pada 16 atau 17 sejak1 1980-an, bilangan 19 perlumbaan juga tercapai pada 2005.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |