Bahasa Azeri
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bahasa Azeri Azərbaycan dili, Азәрбајҹан дили, آذربايجان ديلی |
||
---|---|---|
Sebutan: | IPA: /azærbajʤan dili/ | |
Dituturkan di: | Republik Azerbaijan, Iran, Georgia, Russia, Iraq, Turki, Syria, Kazakhstan | |
Bil. penutur: | 23–30 juta | |
Keluarga bahasa: | Altaic (dipertikaikan) Turkik Turkik Selatan Bahasa Azeri |
|
Sistem tulisan: | Huruf Latin dan, dahulunya, huruf Cyrillic (Azeri pelbagaian) | |
Status rasmi | ||
Bahasa rasmi: | Republik Azerbaijan (dialek utara), Iraq (dialek selatan; rasmi di tempat dimana Turkmen Iraq membentuk majoriti) | |
Dikawal oleh: | tiada pengawalan rasmi | |
Kod bahasa | ||
ISO 639-1: | az | |
ISO 639-2: | aze | |
ISO/FDIS 639-3: | Berbagai-bagai: aze — Azeri (generik) azj — Azeri Utara azb — Azeri Selatan qxq — Qashqa'i slq — Salchuq |
|
|
||
Nota: Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris. |
Bahasa Azeri adalah bahasa rasmi Republik Azerbaijan.
Ia dipanggil Azərbaycan dili dalam Azeri. Setengah dialek bahasa dipertuturkan di banyak bahagian Iran (tetapi yang penting kebanyakannya di kawasan barat laut, dikenali sebagai Azerbaijan Iran), dimana ianya bahasa paling dominan dan lingua franca untuk bahasa minoriti di kawasan seperti Kurdish, Armenia dan Taleshi. Iran adalah penghuni bagi majoriti penutur Azeri di dunia. Bahasa ini juga dipertuturkan di Russia bahagian Republik Dagestan, tenggara Georgia, utara Iraq dan timur Turki.
Terdapat kira-kira 23 hingga 30 juta bumiputra penutur Azeri (Sekitar 16 hingga 23 juta di Iran dan 7 juta di Republik Azerbaijan dan 800,000 pada lain-lain komuniti kecil). Ia adalah bahasa Turkik rumpun Orghuz, secara dekat berhubungan dengan Turki dan juga secara sejarahnya dipengaruhi oleh Parsi dan bahasa Arab.