F/A-22 Raptor
Dari Wikipedia bahasa Melayu
F/A-22 Raptor | ||
---|---|---|
![]() |
||
Deskripsi | ||
Fungsi | Pesawat pejuang lebih baik kerusi tunggal | |
Anak kapal | 1 | |
Dimensi | ||
Sayap | 44 kaki 6 inci | 13.56 m |
Panjang | 62 kaki 1 inci | 18.90 m |
Tinggi | 16 kaki 5 inci | 5.08 m |
Luas sayap | 840 ft² 78.04 m² | |
Berat | ||
Kosong | Classified | |
Berisi | Classified | |
Maksima berlepas | Classified | |
Janakuasa | ||
Enjin | 2× Pratt and Whitney F119-PW-100 turbofan | |
Tujahan | 35,000 lb. | 155.69 kN |
Prestasi | ||
Laju maksima | anggaran. Mach 2.0 | anggaran. 2120 km/h |
Jarak juang | ||
Jarak ulang alik | ||
Siling perkhidmatan | >50,000 ft. | >15,240 m |
Kadar mendaki | ||
Persenjataan | ||
Guns | Satu M61A2 20-mm Gatling gun | |
Misil jarak jauh | Enam AIM-120C AMRAAM | |
Misil jarak dekat | Dua AIM-9X Sidewinders |
F/A-22 Raptor merupakan jet pejuang amat senyap (stealth) yang dibina oleh Lockheed Martin dan Boeing Integrated Defense Systems, bertujuan untuk mengetuai pejuang taktikal maju ( advanced tactical fighter (ATF) ) Amerika Syarikat pada awal abad ke-21. Penerbangan ujian pertama Raptor dilakukan pada 7 September 1997. Keluaran F/A-22 pertama dihantar kepada Pengkalan Tentera Udara Nellis, Nevada, pada 14 Januari 2003. Lima puluh satu F/A-22s dalam perkhidmatan dengan 22 lagi dibayar dalam Tahun Kewangan 2004.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Maklumat umum
Pesawat Raptor direka untuk membawa peluru berpandu dalam ruang dalam untuk mengekalkan ciri senyapnya. Peluru berpandunya dilancarkan oleh lengan hidraulik yang melancarkan peluru berpandu dengan pantas membenarkan pintu ruang bom terbuka untuk tempoh kurang dari satu saat. Ia juga mampu membawa bom sebesar JDAM dan SDB (Bom berdiameter kecil - Small Diameter Bomb) bom dikendali GPS baru untuk menyerang sistem radar udara musuh, ciri senyapnya.
Tentera Udara Amerika Syarikat pada asalnya bercadang memesan 750 ATFs, bermula dengan keluaran dari 1994. Selepas Penilaian Pesawat Utama 1990, pengeluaran bermula pada 1996 bagi menghasilkan sejumlah 648 pesawat pejuang. Pada tahun 1994 sejumlah 442 pesawat bersedia untuk masuk berkhidmat pada 2003/2004. Lapuran DoD pada tahun 1997 menyatakan bahawa jumlah akhir adalah sebanyak 339. Pada masa ini terdapat perdebatan mengenai jumlah unit yang termampu, walaupun pada tahun 2003 USAF berkata ia mampu membeli 277 berasaskan had kos sebanyak $43 bilion.
Berasaskan F/A-22, NATF sayap berensel dicadangkan untuk tentera laut Amerika Syarikat bagi menggantikan F-14 Tomcat, walaupun program itu dibatalkan pada 1993.
[Sunting] Budaya popular
- Permainan video Sega Genesis F-22 Interceptor (1991) memaparkan F-22. Permainan video ini dibuat ketika pesawat ini masih sebuah prototaip.
- Simulasi permainan video komputer air combat, F-22 Air Dominance Fighter dan sequalnya, Total Air War, keduanya dibuat oleh Digital Image Design (kini Atari). Kedua-dua permainan video berputar sekeliling F-22 Raptor.
- Janes membebaskan beberapa simulasi tinjau yang termasuk F-22, Fighters Anthology (1998) dan USAF (1999).
- Novalogic membebaskan tiga simulasi F-22, F-22 Lightning II (1996), F-22 Raptor (1998), dan F-22 Lightning 3 (1999).
- Interactive Magic membebaskan simulasi F-22 berjudul iF-22 (1997).
- F-22 boleh didapati untuk terbang dalam misi kemudian dari PC simulasi penerbangan Strike Commander oleh Origin Systems (1993).
[Sunting] Spesifikasi
- Juruterbang : 1 orang juruterbang
- Panjang: 62 kaki 1 di (18.90 m)
- Depaan Sayap: 44 kaki 6 di (13.56 m)
- Ketinggian: 16 kaki 8 di (5.08 m)
- Keluasan sayap: 840 ft² (78.04 m²)
- Bentuk Sayap : NACA 64A?05.92 punca, NACA 64A?04.29 hujung
- Berat kosong: 40,000 paun (18 000 kg)
- Berat Muatan Penuh: 60,000 paun (27 216 kg)
- Berat Maksimum Perlepasan : 80,000 paun (36 288 kg)
- Enjin : 2× turbofan jenis Pratt & Whitney F119-PW-100, menghasilkan lebih daripada 35,000 paun (155.74 kN) setiap satu
[Sunting] Prestasi
- Kelajuan maksimum: >Mach 2.42, 1,600 mph (2570 km/h) di altitud tinggi
- Kelajuan bancian: >Mach 1.72, 1,140 mph (1830 km/h) di altitud tinggi
- Jarak Penerbangan : feri 2,000 mi (3200 km)
- Had Tinggi Penerbangan : melebihi 50,000 kaki (mengikut Tentera Udara A.S., melebihi 60,000 kaki (mengikut data Boeing
- Beban sayap: 96 paun/ft² (470 kg/m²)
- Nisbah Tujahan/berat: 1.3~1.41
- G-muatan Maksimum: 9.5 g
[Sunting] Persenjataan
- Meriam : 1× M61A2 Vulcan 20 mm Gatling dengan 480 butir peluru
- Persenjataan Udara ke Udara
- 6× AIM-120 AMRAAM
- 2× AIM-9 Sidewinder
- Persenjataan Udara ke Bumi
- 2× AIM-120 AMRAAM dan
- 2× AIM-9 Sidewinder dan satu daripada pilihan berikut:
- + 2 × bom JDAM 1,000 lb atau,
- + 2 × Wind Corrected Munitions Dispensers (WCMD) atau
- + 8 × bom 250 lb GBU 39
[Sunting] Lihat juga
- Perbandingan pesawat pejuang 2000an
Related content | |
---|---|
Pembangunan Berkaitan |
X-44 MANTA - FB-22 |
Pesawat Persamaan | |
Siri Gelaran |
F/A-18 - F-20 - F-21 - F/A-22 - YF-23 - F-35 |
Senarai Berkaitan | List of military aircraft of the United States - List of fighter aircraft |