Fidel Castro
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Fidel Castro | |
![]() |
|
Jawatan | Presiden |
Tempoh khidmat | 2 Disember 1976 - kini |
Timbalan | Raúl Castro Ruz |
Menurut | |
Pengganti | Osvaldo Dorticós Torrado |
Parti politik | Parti Komunis Cuba |
Tarikh lahir | 13 Ogos 1926 |
Tempat lahir | Birán, Provinsi Holguín, Cuba |
Tarikh kematian | |
Tempat kematian | |
Pekerjaan | |
Agama | |
Pasangan | Dalia Soto |
Fidel Alejandro Castro Ruz (lahir 13 Ogos 1926) ialah ketua Cuba sejak 1959 sewaktu beliau menggulingkan rejim Fulgencio Batista melalui Gerakan 26 Julai. Pada tahun-tahun yang berikutnya, Castro mengubah Cuba menjadi negara Komunis pertama di Hemisfera Barat.
Castro mula-mula menarik perhatian dalam arena politik Cuba melalui aktivisme pelajarnya. Nasionalismenya yang bersifat terus terang, dan kritiknya yang radikal terhadap Batista dan pengaruh korporat dan politik Amerika Syarikat membawanya pengikut serta kritikan dan perhatian daripada pihak berkuasa. Kemudian, kepimpinan serangan Tangsi Moncada pada 1953, buangan yang berikutnya serta serangan gerila ke atas Cuba pada Disember 1956 mengeratkan kemasyhurannya di seluruh dunia. Sejak Castro naik ke takhta kerajaan pada 1959, beliau telah memeliharakan profil yang tinggi serta menimbulkan perbalahan. Castro merupakan seorang pemimpin yang amat berkontroversi dan telah dipandang oleh sebahagian orang sebagai diktator, tetapi ada juga yang memandangnya sebagai pemimpin yang sah dan popular.
Dari segi antarabangsa, selepas kegagalan Serangan Bay of Pigs oleh Amerika Syarikat ke atas Cuba pada 1961, kepimpinannya telah ditandi dengan:
- ketegangan dengan Amerika Syarikat;
- pakatan dengan Kesatuan Soviet (yang menghasilkan Krisis Misil Cuba pada 1962) sehingga keruntuhannya pada 1991; dan
- campur tangannya di banyak negara Dunia Ketiga.
Dalam negeri, Castro menyelia perlaksanaan reformasi tanah, mengikuti dengan pengkolektifan pertanian, pemiliknegaraan industri-industri Cuba yang utama, dan penyediaan kemudahan kesihatan dan pendidikan yang percuma.
Jika Castro mati atau sakit, beliau akan diwarisi oleh adiknya, Raúl Castro, yang merupakan Naib Presiden.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Pautan luar
[Sunting] Oleh Fidel Castro
- Arkib ucapan Fidel Castro dalam 6 bahasa
- Arkib Sejarah Fidel Castro di Arkib Internet Marxis.
- Koleksi ucapan Castro
[Sunting] Mengenai Fidel Castro
- Treler Saluran Sejarah untuk Pertunjukan yang akan datang mengenai Castro. Tarikh penyiaran: 9 Februari 2006
- Biografi Fidel Castro dengan sedutan gambar dan bunyi
- Tapak Rasmi untuk Fidel: Cerita yang tidak dipaparkan (2001)
- "Melawati Castro" Arthur Miller menceritakan pertemuannya dengan Castro (24 Disember 2003) dalam The Nation.
- Orang buangan Cuba, Humberto Fontova, mengenai Castro dan Cuba
- Cuba: Sosialisme dan Demokrasi oleh Peter Taaffe
- Laporan Ketua Inspektor CIA mengenai komplot untuk membunuh Castro
- Biografi Cidob dalam bahasa Sepanyol
- Pengalaman Amerika PBS Tapak saling tindak mengenai Fidel Castro, dengan panduan guru
- Tokoh terkenal - Fidel Castro
[Sunting] Mengenai Cuba
- Rembang dan Gerhana: Penglihatan Perbandingan Keadaan Sosioekonomi Cuba pada masa pra-Castro dan masa kini, Biro Hal-ehwal Antara Amerika, 9 Februari 1998.
- Human Rights Watch - Komen mengenai Cuba yang diterbitkan oleh Human Rights Watch.
- Kebebasan politik dan lain-lain di Cuba - laporan oleh FreedomHouse.
Liputan berterusan mengenai Cuba - oleh NewsMax.com.
Buku-buku larangan di - oleh Pusat untuk Cuba bebas ( Center for a Free Cuba}.
Jabatan Negeri mengenai Penindasan di Cuba - Dikeluarkan oleh Biro Demokrasi, Hak Asasi Manusia, dan Buruh dan Biro Hal-ehwal Awam.