Libya
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
|||||
Cogan kata negara: Bebas, Sosialisme, Bersatu | |||||
Lokasi: Afrika |
|||||
Bahasa rasmi | Arab | ||||
Ibunegara | Tripoli (طرابلس الغرب - Tarābulus al-Ġarb) | ||||
Ketua Revolusi | Muammar Al Gaddafi | ||||
Presiden | Zentani Muhammad az-Zentani | ||||
Perdana Menteri | Baghdadi Mahmudi | ||||
Keluasan | 1,759,540 km² | ||||
Penduduk
|
|
||||
Kemerdekaan
|
Daripada Itali | ||||
Matawang | Dinar Libya | ||||
Zon masa | UTC +3 | ||||
Lagu kebangsaan | Allahu Akbar (اللّه أكبر) | ||||
Domain Internet | .ly | ||||
Kod panggilan | 218 |
Libya atau rasminya Great Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya (bahasa Arab: ليبيا, yang diartikan ke dalam bahasa Libya Lībyā atau الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية) terletak di Afrika Utara, berbatasan dengan Laut Tengah, Mesir di sebelah timur, Sudan di tenggara, Chad dan Niger di selatan serta Aljazair dan Tunisia di sebelah barat. Ibu kota negaranya adalah Tripoli. Bilangan penduduk Libya hampir mencecah 6 juta orang tetapi dianggap sebagai sedikit jikalau dibandingkan keluasan negaranya yang amat luas sehingga dikira sebagai negara ke-17 terbesar di dunia.
Nama "Libya" berasal daripada bahasa Mesir iaitu "Lebu", yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai "Libya". Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir, dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.
Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Indris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Sekutu dalam Perang Dunia Kedua.
Libya adalah negara yang mempunyai Gross Domestic Products yang tertinggi di Afrika, disebabkan oleh kawasan simpanan petroleumnya yang besar.