Bahasa Finland
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bahasa Finland suomi |
||
---|---|---|
Dituturkan di: | Finland, Estonia, Sweden (Lembah Torne), Norway (Finnmark), Barat Laut Russia (Karelia) | |
Rantau: | Eropah Utara | |
Bil. penutur: | 6 juta | |
Keluarga bahasa: | Ural Finno-Ugrik Finno-Permik Finno-Volgaik Finno-Lappik Baltik-Finnik Bahasa Finland |
|
Status rasmi | ||
Bahasa rasmi: | Finland, Kesatuan Eropah | |
Dikawal oleh: | Rancangan Departmen Bahasa Institut Penyelidikan Bahasa Finland [1] | |
Kod bahasa | ||
ISO 639-1: | fi | |
ISO 639-2: | fin | |
ISO/FDIS 639-3: | fin — [[]] | |
Nota: Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris. |
Bahasa Finland adalah bahasa yang dipertuturkan oleh majoriti populasi di Finland (92%) dan oleh etnik Finland di luar Finland. Ia juga adalah bahasa rasmi di Finland dan adalah bahasa minoriti rasmi di Sweden dalam bentuk piawai Finland termasuk juga Meänkieli.
Bahasa Finland adalah ahli keluarga bahasa Finno-Ugrik dan dikelaskan sebagai bahasa melekat (agglunative language). Ia mengubahsuai bentuk kedua-dua kata nama dan kata sifat bergantung kepada peranannya dalam ayat. Ia mempunyai reputasi sebagai sukar untuk difahami dan dipelajari. Ini kebanyankannya disebabkan ia ada sedikit bahasa yang berhubung dengan ia, membuatkan kosa katanya tidak dikenali.
Bahasa Finland dipertuturkan oleh sekililing 6 juta orang. Kebanyakannya di Finland. Terdapat juga kumpulan minoriti yang boleh bertutur bahasa Finland di Sweden, Norway, Rusia dan Estonia. Di samping itu, terdapat beratus-ribu orang Finland yang berhijrah ke Sweden untuk tinggal di situ. Penghijrahan penting berlaku pada 1970-an, dengan Finland bertenggang sebab pengangguran serta Sweden memberikan kerja dalam industri kereta misalnya. Di kontinen Amerika dan Australia, terdapat juga komuniti-komuniti imigran. Di Amerika Utara, mereka terdapat di Semenanjung Atas Michigan dan di kawasan berdekatan Tasik Superior. Di Amerika Selatan, komuniti-komuniti kecil terdapat di Argentina dan Brazil. Di Australia, komuniti-komuniti ini terdapat di luar Sydney dan di Gunung Isa dan di luar bandar Queensland.
Bilangan populasi pentutur bahasa Finland ialah stabil dan berkembang. Sekarang, jumlah pentutur bahasa Finland semakin besar dari jumlah pentutur bahasa Sweden dan penukaran bahasa antara bahasa Sweden dan bahasa Finland berlaku. Di Finland, bahasa Finland telah jadi lebih dominan di kawasan mana bahasa Finland-Sweden lebih digunakan sebelumnya, misalnya Helsinki. Lagipun, imigresen ke Finland, yang biasanya mengintigrasikan imigran-imigran secara baik – juga, ia menambahi jumlah dengan lebih pentutur-pentutur bahasa Finland.