Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Februari
Dari Wikipedia bahasa Melayu
<< | Hari ulang tahun pilihan untuk Februari | >> | ||||
Ahad | Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | |||
Arkib untuk hari ulang tahun bersejarah yang dipaparkan dalam Laman Utama Susunan hari untuk 2007 |
1 Februari: Imbolc dan Hari St. Brigid di Ireland
- 1796 - Ibu negeri Kanada Atas dipindahkan dari Newark (kini Niagara-on-the-Lake) ke York (kini Toronto), yang dianggap kurang terdedah kepada serangan Amerika Syarikat.
- 1884 - Fasikel pertama Oxford English Dictionary diterbitkan.
- 1946 - Ahli politik Norway Trygve Lie dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB pertama.
- 1974 - Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan.
- 2003 - Bolak-balik angkasa lepas NASA Columbia hancur berkecai di atas Texas semasa masuk semula ke atmosfera pada misi ke-28nya (gambar logo).
Hari-hari sebelum: 31 Januari – 30 Januari – 29 Januari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
2 Februari: Candlemas (Kristian Barat); Hari Groundhog di Kanada dan Amerika Syarikat.
- 962 - Paus John XII memahkotakan Otto Agung sebagai Maharaja Rom Holy.
- 1848 - Perang Mexico-Amerika berakhir dengan penandatanganan Perjanjian Guadalupe Hidalgo, yang memberikan Penyerahan Mexico kepada Amerika Syarikat.
- 1925 - Dalam larian serum ke Nome 1925, bekalan perubatan untuk melawan wabak difteria sampai ke Nome, Alaska dengan kereta luncur salji anjing, mengilhamkan Perlumbaan Iditarod.
- 1943 - Perang Dunia II: Pertempuran Stalingrad berakhir dengan 91,000 askar Jerman yang letih dan lapar ditawan oleh Tentera Merah.
- 1990 - Presiden F.W. de Klerk (gambar) mengisytiharkan berakhirnya Aparteid di Afrika Selatan.
Hari-hari sebelum: 1 Februari – 31 Januari – 30 Januari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
3 Februari: Setsubun di Jepun; Hari Empat Paderi di Amerika Syarikat.
- 1488 - Bartolomeu Dias dari Portugal berlayar mengelilingi Tanjung Harapan di hujung selatan Afrika dan mendarat di Teluk Mossel.
- 1787 - Pemberontakan Shays dihancurkan, namun berjaya menyebabkan Perlembagaan Amerika Syarikat didraf.
- 1867 - Putera Mahkota Mutsuhito (gambar) menggantikan ayahandanya Kōmei sebagai Maharaja Jepun, dan mengambil gelaran Meiji.
- 1966 - Kapal angkasa lepas Soviet Luna 9 menjadi penyiasat angkasa pertama mendarat di Bulan dan menghantar gambar dari permukaan qamari ke Bumi.
- 1969 - Yasser Arafat menjadi pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Hari-hari sebelum: 2 Februari – 1 Februari – 31 Januari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
4 Februari: Hari Kemerdekaan di Sri Lanka (1948)
- 1859 - Constantin von Tischendorf menjumpai Codex Sinaiticus, manuskrip uncial abad ke-4 Wasiat Baharu, di sebuah biara di kaki Gunung Sinai di Mesir.
- 1862 - Bacardi, salah satu pengeluar rum terbesar di dunia, diasaskan di sebuah kilang penyulingan kecil di Santiago de Cuba, Cuba.
- 1899 - Perang Filipina-Amerika meletus.
- 1945 - Winston Churchill, Franklin D. Roosevelt dan Joseph Stalin bertemu di Persidangan Yalta.
- 1957 - USS Nautilus, kapal selam berkuasa nuklear pertama, mencapai 60,000 batu nautika, menyamai jarak Nautilus yang diceritakan dalam 20,000 Farsakh Di Bawah Aras Laut, novel rekaan Jules Verne.
Hari-hari sebelum: 3 Februari – 2 Februari – 1 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
5 Februari: Hari Perlembagaan di Mexico (1917)
- 1862 - Domnitor Alexander John Cuza (gambar) menggabungkan dua prinsipalitinya, Wallachia dan Moldavia, untuk membentuk Romania.
- 1885 - Raja Leopold II dari Belgium mewujudkan Negeri Bebas Congo sebagai jajahan peribadinya di Afrika.
- 1924 - Isyarat Masa Greenwich mula disiarkan setiap jam dari Royal Greenwich Observatory oleh BBC.
- 1988 - Hari Hidung Merah yang pertama memungut £15 juta di United Kingdom untuk pertubuhan amal.
- 2004 - Barisan Penentang Artibonite Revolusi menawan bandar Gonaïves, memulakan Pemberontakan Haiti 2004.
Hari-hari sebelum: 4 Februari – 3 Februari – 2 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
6 Februari: Hari Waitangi di New Zealand (1840)
- 1819 - Stamford Raffles (gambar) mengasaskan pusat perdagangan baru di Singapura untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris.
- 1922 - Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Perancis dan United Kingdom menandatangani Perjanjian Tentera Laut Washington untuk menghadkan persenjataan tentera laut.
- 1952 - Duchess Edinburgh mengetahui mewarisi takhta British semasa berada di Kenya, dan kemudian dimahkotakan sebagai Ratu Elizabeth II.
- 1959 - Jack Kilby memfailkan paten untuk litar bersepadu yang pertama.
- 1971 - Alan Shepard menjadi orang pertama memukul bola golf di Bulan semasa misi Apollo 14.
Hari-hari sebelum: 5 Februari – 4 Februari – 3 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
7 Februari: Hari Kemerdekaan di Grenada (1974)
- 1301 - Edward dari Caernarvon (kemudiannya Raja Edward II), menjadi Putera Wales England yang pertama.
- 1863 - Korvet HMS Orpheus karam di perairan Auckland, New Zealand dan mengorbankan 189 nyawa.
- 1979 - Pluto bergerak ke dalam orbit Neptun buat kali pertama sejak ia ditemui.
- 1984 - Angkasawan NASA Bruce McCandless II (gambar) menjalankan aktiviti luar kenderaan tidak bertambat yang pertama menggunakan Unit Dikendalikan Manusia.
- 1992 - Perjanjian Maastricht, yang membawa kepada penubuhan Kesatuan Eropah, ditandatangani di Maastricht, Belanda.
Hari-hari sebelum: 6 Februari – 5 Februari – 4 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
8 Februari: Hari Prešeren di Slovenia
- 1587 - Mary, Ratu Scotland (gambar) dihukum mati di Kota Fotheringhay kerana disyaki terlibat dalam Komplot Babington untuk membunuh sepupunya, Ratu Elizabeth I dari England.
- 1849 - Republik Rom diisytiharkan.
- 1904 - Perang Rusia-Jepun bermula dengan serangan mengejut torpedo oleh Jepun ke atas kapal Rusia berhampiran Lüshunkou kini, di China.
- 1971 - Perniagaan bermula di NASDAQ, bursa saham elektronik pertama di dunia.
- 1979 - Kolonel Denis Sassou-Nguesso dipilih sebagai Presiden baru Republik Rakyat Congo.
Hari-hari sebelum: 7 Februari – 6 Februari – 5 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 474 - Disebabkan Leo II dianggap terlalu muda untuk memerintah, bapanya Zeno dimahkotakan sebagai maharaja bersama Empayar Byzantine.
- 1895 - Bola tampar (gambar) dicipta di YMCA di Holyoke, Massachusetts.
- 1943 - Perang Dunia II: Pertempuran Guadalcanal di Kepulauan Solomon berakhir, memberikan Pihak Berikat kemenangan penting dalam Perang Pasifik ke atas Tentera Empayar Jepun.
- 1960 - Joanne Woodward diberi penghormatan sebagai bintang pertama di Jalan Kemasyhuran Hollywood.
- 2004 - Pelayar web Mozilla Firebird dinamakan semula sebagai Mozilla Firefox.
Hari-hari sebelum: 8 Februari – 7 Februari – 6 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1258 - Hulagu Khan dan tentera Mongol menjarah dan membakar Baghdad, pusat kebudayaan dan perdagangan Dunia Islam ketika itu, menamatkan pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.
- 1763 - Britain dan Sepanyol memecahkan Perancis Baru dengan Perjanjian Paris, dan menghapuskan empayar penjajah Perancis.
- 1840 - Putera Albert dari Saxe-Coburg-Gotha (gambar) mengahwini Ratu Victoria dari United Kingdom di Chapel Royal.
- 1962 - "Rudolf Abel," seorang pengintip Soviet yang ditangkap FBI, ditukar dengan Gary Powers, juruterbang pesawat pengintip Tentera Udara AS yang ditembak jatuh dalam Krisis U-2.
- 1996 - Deep Blue IBM, sebuah komputer catur, mengalahkan Jaguh Catur Antarabangsa dan johan catur sedunia Garry Kasparov dalam satu permainan catur buat kali pertama.
Hari-hari sebelum: 9 Februari – 8 Februari – 7 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
11 Februari: Hari Penubuhan Negara di Jepun
- 1873 - Raja Amadeo I dari Sepanyol melepaskan takhta, mengisytiharkan di Cortes Generales bahawa orang Sepanyol "tidak dapat dikawal", lalu meninggalkan negara tersebut.
- 1919 - Friedrich Ebert (gambar) menjadi Reichspräsident pertama Republik Weimar.
- 1929 - Perjanjian Lateran pertama ditandatangani, mewujudkan Kota Vatican sebagai satu enklaf berdaulat merdeka di dalam Itali.
- 1979 - Ayatullah Ruhollah Khomeini merampas kuasa di Iran, dan akhirnya menjadi Pemimpin Agung republik Islam itu.
- 1990 - Aktivis anti-aparteid Nelson Mandela, yang menjadi banduan politik selama 27 tahun, dibebaskan dari sebuah penjara di Cape Town.
Hari-hari sebelum: 10 Februari – 9 Februari – 8 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
12 Februari: Hari Darwin
- 1689 - Parlimen Konvensyen bersidang untuk memastikan sama ada James II, Raja England Katolik terakhir, telah mengosongkan takhta dengan melarikan diri ke Perancis pada 1688.
- 1733 - Hari Georgia: James Oglethorpe mendirikan bandar Savannah dan Wilayah Georgia, satu koloni jajahan untuk penempatan semula orang-orang penjara penghutang di United Kingdom.
- 1818 - Di bawah pimpinan Jeneral Bernardo O'Higgins, Chile secara rasminya mengisytiharkan kemerdekaannya dari Sepanyol.
- 1912 - Revolusi Xinhai: Maharaja Xuantong (gambar), Maharaja China terakhir, turun dari takhta di bawah satu urus janji yang dibroker Yuan Shikai, menamatkan Dinasti Qing Manchu.
- 2001 - NEAR Shoemaker mendarat di Eros, menjadikannya kapal angkasa lepas pertama yang mendarat di atas asteroid.
Hari-hari sebelum: 11 Februari – 10 Februari – 9 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1689 - Revolusi 1688: Putera Wales James Francis Edward Stuart tidak menaiki takhta, sebaliknya kakaknya Mary dan suaminya William diisytiharkan sebagai pemerintah bersama England.
- 1880 - Thomas Edison memperhatikan Kesan Edison, yang kemudiannya menjadi asas diod tiub vakum John Ambrose Fleming.
- 1881 - Hubertine Auclert (gambar), seorang pejuang hak mengundi untuk wanita terkemuka Perancis, melancarkan akhbar kewanitaan La Citoyenne di Paris.
- 1945 - Bomber Command RAF memulakan pengeboman strategik Dresden di Saxony, Jerman, yang menyebabkan ribut api maut yang membunuh ribuan orang awam.
- 1984 - Konstantin Chernenko menggantikan Yuri Andropov sebagai setiausaha agung Parti Komunis Kesatuan Soviet.
Hari-hari sebelum: 12 Februari – 11 Februari – 10 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
14 Februari: Hari Valentine
- 1804 - Karađorđe menjadi pemimpin Pemberontakan Serbia Pertama.
- 1876 - Elisha Gray (gambar) dan Alexander Graham Bell setiap seorang memfailkan paten untuk telefon.
- 1879 - Angkatan bersenjata Chile menduduki pelabuhan Antofagasta di Bolivia, memulakan Perang Pasifik.
- 1989 - Sebuah fatwa dikeluarkan untuk hukuman mati Salman Rushdie, penulis novel The Satanic Verses yang dianggap "mengkufuri Islam".
- 1989 - Satelit pertama dalam buruj satelit Sistem Kedudukan Sejagat ditempatkan di orbit.
Hari-hari sebelum: 13 Februari – 12 Februari – 11 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
15 Februari: Candlemas (Kristian Timur); Hari Bendera di Kanada; Hari Kebangsaan di Serbia; Khamis Gemuk (2007).
- 1898 - Kapal tempur USS Maine meletup dan karam di Havana, Cuba, dan membunuh lebih 260 anak kapal hingga mencetuskan Perang Sepanyol-Amerika.
- 1942 - Jeneral Tomoyuki Yamashita memimpin tentera Jepun untuk menawan "kubu yang kononnya kebal" iaitu Singapura.
- 1971 - Paun sterling British dan Paun Ireland "didesimalkan" pada Hari Perpuluhan.
- 1989 - Kesatuan Soviet mengumumkan secara rasmi bahawa semua askarnya telah berundur dari Afghanistan (gambar).
- 2003 - Jutaan orang di seluruh dunia mengambil bahagian dalam gerakan bantahan beramai-ramai yang terbesar dalam sejarah menentang pencerobohan Iraq yang bakal berlaku.
Hari-hari sebelum: 14 Februari – 13 Februari – 12 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
16 Februari: Hari Kebangsaan di Lithuania (1918)
- 1249 - Louis IX dari Perancis menghantar Andrew dari Longjumeau sebagai dutanya kepada Mongol.
- 1804 - Lt. Stephen Decatur mengetuai serbuan untuk memusnahkan USS Philadelphia (gambar) yang tertawan di Tripoli, Negeri Barbary, agar tidak dapat digunakan musuh dalam Perang Barbary Pertama.
- - 1857 - Universiti Gallaudet, satu-satunya universiti untuk pelajar yang rosak pendengaran, ditubuhkan di Washington, D.C..
- 1923 - Howard Carter membuka kamar pengebumian Tutankhamun, Firaun dinasti kelapan belas Mesir.
- 1978 - Sistem papan buletin komputer pertama, CBBS, diasaskan oleh Ward Christensen semasa satu ribut salji di Chicago, Illinois.
Hari-hari sebelum: 15 Februari – 14 Februari – 13 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
17 Februari: Tanis Diena; Tết Nguyên Ðán (2007).
- 1854 - Britain mengakui kemerdekaan Orange Free State (gambar bendera) yang kini terletak di Wilayah Free State, Afrika Selatan.
- 1867 - Kapal pertama melalui Terusan Suez.
- 1895 - Balet Swan Lake dipersembahkan dengan muzik oleh Tchaikovsky buat pertama kali di Saint Petersburg, Rusia.
- 1959 - Vanguard 2, satelit cuaca pertama, dilancarkan untuk mengukur taburan litupan-awan.
- 1979 - Sekitar 120,000 askar Tentera Pembebasan Rakyat China menyeberangi sempadan ke utara Vietnam, memulakan Perang China-Vietnam.
Hari-hari sebelum: 16 Februari – 15 Februari – 14 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
18 Februari: Hari Kemerdekaan di Gambia (1965), Hari Tahun Baru Cina (2007).
- 1861 - Jefferson Davis dilantik sebagai Presiden Negeri-Negeri Gabungan Amerika pertama (dan terakhir).
- 1885 - Buku Pengembaraan Huckleberry Finn oleh Mark Twain (gambar) diterbitkan buat pertama kali. Ia dipuji dan diharamkan tidak lama selepas itu.
- 1932 - Empayar Jepun menubuhkan Manchukuo, sebuah negeri boneka di timur laut China semasa Perang China-Jepun Kedua.
- 1948 - Persidangan pertama Majlis Raja-Raja Melayu selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
- 2003 - Seorang pembakar di Daegu, Korea Selatan memulakan kebakaran di atas sebuah kereta api bawah tanah, membunuh 200 penumpang.
Hari-hari sebelum: 17 Februari – 16 Februari – 15 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
19 Februari: Lent Besar bermula dalam Kristian Timur, Hari Presiden di Amerika Syarikat.
- 197 – Septimius Severus menewaskan perampas Clodius Albinus dalam Pertempuran Lugdunum, dan mendapat kuasa penuh ke atas Empayar Rom.
- 1594 - Raja Zygmunt III Vasa dari Komanwel Poland-Lithuania dimahkotakan sebagai Raja Sweden.
- 1942 - Serangan udara ke atas Darwin: Ibu negeri Wilayah Utara, Australia dimusnahkan oleh 242 pesawat pengebom dan pesawat pejuang Tentera Laut Empayar Jepun.
- 1986 - Pangkalan angkasa lepas Mir (gambar) dilancarkan oleh program angkasa lepas Soviet, mewujudkan stesen penyelidikan jangka-panjang pertama di angkasa lepas.
- 2002 - Penyiasat angkasa Mars Odyssey NASA mula memetakan permukaan Marikh menggunakan sistem pengimejan pancaran haba.
Hari-hari sebelum: 18 Februari – 17 Februari – 16 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
20 Februari: Mardi Gras (Shrove Tuesday) dalam Kristian Barat (2007).
- 1472 - James III dari Scotland mengilhakkan Kepulauan Shetland dan Orkney dari Denmark–Norway.
- 1810 - Andreas Hofer, seorang patriot Tyrol dan pemimpin pemberontakan menentang Napoleon, dibunuh.
- 1913 - King O'Malley (gambar) memacak pancang ukur pertama untuk menandakan permulaan kerja pembinaan Canberra, Australia.
- 1959 - Program jet pejuang supersonik Avro Arrow di Kanada dibatalkan oleh kerajaan Diefenbaker di tengah-tengah debat politik.
- 1965 - Kapal angkasa lepas Ranger 8 berjaya menghantar 7,137 gambar foto bulan semasa 23 minit terakhir misinya sebelum terhempas di Mare Tranquillitatis.
Hari-hari sebelum: 19 Februari – 18 Februari – 17 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
21 Februari: Hari Pergerakan Bahasa di Bangladesh, Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa; Rabu Abu dalam Kristian Barat (2007).
- 1613 - Mikhail I dipilih sebulat suara oleh Zemsky Sobor untuk menjadi Tsar, memulakan dinasti Romanov di Empayar Rusia.
- 1804 - Enjin stim atau lokomotif pertama yang bergerak sendiri, yang dibina oleh Richard Trevithick, berjalan di Wales.
- 1848 - Manifesto Komunis tulisan Karl Marx dan Friedrich Engels diterbitkan buat pertama kali.
- 1952 - Pembantah di Dhaka, Pakistan Timur ditembak oleh tentera semasa menuntut bahasa Bengali diberikan status sebagai bahasa rasmi.
- 1965 - Nasionalis kulit hitam Malcolm X (gambar) dibunuh di Bandaraya New York oleh ahli-ahli pertubuhan Bangsa Islam.
Hari-hari sebelum: 20 Februari – 19 Februari – 18 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
22 Februari: Hari Kemerdekaan di Saint Lucia (1979), Pesta Cathedra Petri (Katolik).
- 1819 - Melalui Perjanjian Adams-Onís, Sepanyol menjual Florida kepada Amerika Syarikat dengan harga lima juta Dolar Amerika Syarikat.
- 1876 - Universiti Johns Hopkins, yang dinamakan bersempena dermawan Johns Hopkins, ditubuhkan.
- 1943 - Ahli-ahli Persatuan White Rose didapati bersalah mengkhianat dan digilotin oleh rejim Nazi di Jerman.
- 1958 - Presiden Gamal Abdel Nasser dari Mesir dan Presiden Shukri al-Quwatli dari Syria menandatangani pakatan penyatuan untuk membentuk Republik Arab Bersatu.
- 1997 - Ahli sains di Institut Roslin di Scotland mengumumkan kelahiran biri-biri klon bernama Dolly (gambar), tujuh bulan selepas ia lahir.
Hari-hari sebelum: 21 Februari – 20 Februari – 19 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
23 Februari: Hari Pembela Tanah Air di Rusia; Mashramani di Guyana (1970); Hari Kebangsaan di Brunei.
- 1455 - Johannes Gutenberg mula mencetak Bible Gutenberg (gambar) di Mainz, Jerman.
- 1893 - Rudolf Diesel mendapat paten untuk enjin diesel.
- 1903 - Teluk Guantánamo, Cuba dipajakkan selama-lamanya kepada Amerika Syarikat.
- 1947 - Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO) ditubuhkan.
- 1950 - Pihak komunis menggempur Balai Polis Bukit Kepong di Johor.
Hari-hari sebelum: 22 Februari – 21 Februari – 20 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
24 Februari: Hari Kemerdekaan di Estonia (1918); Hari Bendera di Mexico.
- 1582 - Paus Gregory XIII (gambar) mengeluarkan arahan Inter gravissimas yang mengisytiharkan penggunaan kalendar Gregory, satu ubah suai kalendar Julian.
- 1803 - Kes Marbury v. Madison mewujudkan kajian semula kehakiman di Amerika Syarikat.
- 1848 - Louis-Philippe, Raja Perancis Orléanist, turun takhta dan melarikan diri ke England.
- 1946 - Kolonel Juan Perón dilantik sebagai Presiden Argentina.
- 2006 - Darurat diisytiharkan di Filipina, selepas satu rampasan kuasa terhadap Presiden Gloria Macapagal-Arroyo digagalkan.
Hari-hari sebelum: 23 Februari – 22 Februari – 21 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
25 Februari: Hari Kebangsaan di Kuwait (1950)
- 1570 - Paus Pius V (gambar) mengeluarkan arahan paus Regnans in Excelsis yang mengucilkan Ratu Elizabeth I dan pengikutnya dalam Gereja England.
- 1836 - Samuel Colt mendapat paten untuk sejenis "senjata api berputar", kemudiannya dikenali sebagai revolver.
- 1921 - Tentera Merah Soviet menduduki Republik Demokrat Georgia, mengilhakkannya ke dalam Republik Sosialis Soviet baru.
- 1951 - Sukan Seluruh Amerika pertama bermula di Buenos Aires, Argentina.
- 1986 - Revolusi EDSA: Corazon Aquino dilantik sebagai Presiden Filipina, apabila Ferdinand Marcos melarikan diri.
Hari-hari sebelum: 24 Februari – 23 Februari – 22 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
26 Februari: Hari Pembebasan di Kuwait (1991)
- 1266 - Raja Manfred dari Sicily terbunuh dalam Pertempuran Benevento, semasa melawan angkatan Angevin pimpinan Charles, Count Anjou.
- 1815 - Seratus Hari: Napoleon Bonaparte (gambar) melarikan diri dari buangan di Elba.
- 1935 - Di Daventry, England, Robert Watson-Watt menunjuk cara penggunaan radar.
- 1991 - WorldWideWeb, pelayar web pertama di dunia, diperkenalkan.
- 1993 - Sebuah van yang disewa Ramzi Yousef meletup di tempat letak kereta bertingkat bawah tanah World Trade Center di Bandaraya New York.
Hari-hari sebelum: 25 Februari – 24 Februari – 23 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
27 Februari: Hari Kemerdekaan di Republik Dominica (1844)
- 1594 - Raja Navarre dimahkotakan sebagai Raja Henry IV dari Perancis di Katedral Chartres berdekatan Paris, memulakan wangsa Bourbon.
- 1617 - Sweden menandatangani Perjanjian Stolbovo untuk mengakhiri Perang Ingria dengan Rusia, dan mendapat pemilikan wilayah yang banyak.
- 1801 - Washington, D.C. diletakkan di bawah bidang kuasa Kongres Amerika Syarikat.
- 1933 - Bangunan Reichstag dibakar (gambar), dan menjadi titik penting dalam penubuhan rejim Nazi di Jerman.
- 1976 - Republik Demokrat Arab Sahrawi diisytiharkan di Sahara Barat.
Hari-hari sebelum: 26 Februari – 25 Februari – 24 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
28 Februari: Hari Peringatan Kedamaian di Taiwan
- 364 - Valentinian I (gambar) dilantik sebagai Maharaja Rom oleh pegawai tentera Rom di Nicaea, Bithynia.
- 1900 - Perang Boer Kedua: Pengepungan Ladysmith selama 118 hari berakhir.
- 1935 - Nilon dicipta oleh Wallace Carothers.
- 1972 - Lawatan Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon ke Republik Rakyat China berakhir dengan kedua-dua negara mengeluarkan Kenyataan Shanghai, yang berjanji berusaha memperbaiki hubungan diplomatik.
- 1986 - Perdana Menteri Olof Palme dari Sweden dibunuh di Stockholm.
Hari-hari sebelum: 27 Februari – 26 Februari – 25 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
29 Februari: Hari lompat dalam kalendar Gregory.
- 1704 - Angkatan Perancis dan orang asli Amerika bergabung memusnahkan Deerfield, Massachusetts semasa Perang Ratu Anne.
- 1712 - 29 Februari diikuti oleh 30 Februari di Sweden, semasa dalam proses memansuhkan kalendar Sweden (gambar).
- 1940 - Hattie McDaniel menjadi orang Amerika Afrika pertama memenangi Oscar.
- 1988 - Ketua biskop Afrika Selatan Desmond Tutu bersama seratus paderi lain ditahan semasa tunjuk perasaan lima hari anti-aparteid di Cape Town.
- 2004 - Jean-Bertrand Aristide meletak jawatan sebagai Presiden Haiti selepas satu pemberontakan popular.
Hari-hari sebelum: 28 Februari – 27 Februari – 26 Februari
Arkib – Melalui emel – Lebih...
lihat - perbualan - sunting - sejarah