Kesatuan Republik Sosialis Soviet
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
|||||
Cogan kata negara (dalam Bahasa Rusia): Пролетарии всех стран, соединяйтесь! (Terjemahan Bahasa Melayu: Pekerja sedunia. Bersatu! | |||||
Bahasa rasmi | Tiada. Bahasa de facto ialah Bahasa Rusia. Lebih 200 bahasa dan dialek lain dituturkan, dimana 75% adalah bahasa-bahasa Slav. | ||||
Agama Rasmi | Lebih 50% ateis. Agama adalah dibenarkan dalam perlembagaannya. Dianggarkan hampir 18 % Orthodoks Rusia; 17 % Islam; dan 7% agama lain | ||||
Ibu negara | Moscow | ||||
Kerajaan | Persekutuan Republik Soviet | ||||
Keluasan | 22,402,200 km² | ||||
Penduduk - Jumlah - Kepadatan |
293,047,571 (Julai 1991) 13.08/km² |
||||
Penubuhan - Tarikh |
30 Disember 1922 |
||||
Kesatuan diiktiraf pada - Tarikh |
1 Februari 1924 |
||||
Kesatuan dibubarkan pada - Tarikh |
26 Disember 1991 |
||||
Mata wang | Soviet Rouble | ||||
Zon waktu | UTC +2 ke +13 | ||||
Lagu kebangsaan | The Internationale (1922−1944) Hymn of the Soviet Union (1944-1991) |
||||
Domain Internet | .su |
|
|
Kesatuan Republik Sosialis Soviet (juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet atau USSR atau KSSR) merupakan sebuah negara sosialis yang wujud pada 1922 - 1991. Dari 1945 hinggalah perpecahannya, ia merupakan salah satu kuasa besar dunia selain Amerika Syarikat.
Kesatuan ini merupakan sebuah negara yang sangat luas dan ia bersempadan dengan 12 buah negara, enam dari benua Eropah dan enam lagi dari benua Asia. Di Asia jiran-jirannya ialah Korea Utara, Cina, Mongolia, Afghanistan, Iran, dan Turki; di Eropah, ia bersempadan dengan Romania, Hungary, Czechoslovakia, Poland, Norway, dan Finland. Selat Bering di timur kesatuan ini, memisahkannya dari "musuh"nya yang utama iaitu Amerika Syarikat. Walaupun negara ini terletak di utara Asia, ia dianggap sebagai sebahagian benua Eropah.
Rusia merupakan wilayah terbesar dalam kesatuan ini dan banci 1989 menunjukkan penduduknya adalah seramai 145 juta orang atau lebihkurang 50.8 % jumlah penduduk keseluruhan di sini. Terdapat dua puluh dua bangsa yang mempunyai lebih 1 juta penduduk, dimana lima belas mempunyai kesatuan republiknya yang tersendiri. Antara bangsa yang terbesar ialah bangsa Slav, Baltik, Caucasus, dan Asia Tengah.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917, menandakan titik permulaan Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Revolusi ini dicetus oleh rakyat Petrograd (kini dipanggil Leningrad) yang bangun menentang regim Tsar yang zalim dan meneruskan tentangan mereka sehinggalah Tsar Nicholas II turun takhta. Apabila kerajaan beliau tumbang, kuasanya telah diambilalih oleh perwakilan pilihan rakyat Duma, yang membentuk sebuah kerajaan sementara. Namun demikian pada November 1917 kerajaan ini pula telah dijatuhkan oleh golongan Bolshevik, dibawah pimpinan Vladimir I. Lenin. Golongan Bolshevik (yang memanggil diri mereka komunis pada 1918) telah berjaya menewaskan Bolshevik selepas perang saudara yang berlarutan selama tiga tahun (1918-21). Mereka mengambil kuasa secara rasminya pada Disember 1922 dan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (Kesatuan Soviet), yang merangkumi kesemua wilayah jajahan bekas Empayar Rusia. Kerajaan yang baru ini telah mengharamkan semua organisasi politik dan melancarkan pemerintahan satu parti one-party rule, di mana kerajaan pusat mengawal semua aspek politik, ekonomi, sosial, dan budaya rakyatnya. Lenin, sebagai ketua parti Komunis, telah ditabalkan sebagai pemerintah pertama negara ini.
Selepas kematian Lenin pada 1924, beliau digantikan oleh Joseph V. Stalin. Stalin merupakan seorang yang jauh lebih kejam dari Lenin dan beliau telah memaksa pengindustrian serta pertanian secara kolektif secara besar-besaran di negara ini. Disamping itu, banyak syarikat swasta dan kawasan pertanian telah dirampas oleh kerajaannnya. Ini telah mengakibatkan rakyatnya hidup dalam penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh, ditahan atau dibiarkan kebuluran. Selain itu beliau telah membunuh para pembangkang kerajaan. Oleh itu era pemerintahan beliau dikenali sebagai the Great Terror. Namun demikian, polisi Stalin telah berjaya dan wilayah-wilayah Soviet membangun dengan amat pesatnya, walaupun pembangunan adalah lebih kepada industri berat dan ketenteraan dan bukannya berdasarkan kehendak pengguna. Stalin yakin pembangunan ekonomi yang pesat adalah mustahak untuk survival Kesatuan Soviet.
Beliau begitu bimbang dengan peperangan dan serangan pihak Jerman. Oleh itu satu perjanjian telah ditandatangani pada 1939 iaitu Nazi-Soviet Nonaggression Pact, yang membolehkan kerajaanya mengambil bahagian timur Poland (Ukraine barat), wilayah-wilayah Baltik, dan Bessarabia. Walaupun begitu, perjanjian ini telah dicabuli oleh pihak Nazi yang menceroboh Kesatuan Soviet bermula pada Jun 1941. Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Jerman, Tentera Merah the Red Army akhirnya berjaya membendung kemaraan Jerman pada 1943, dan pada 1945, menduduki sebahagian besar Eropah Timur termasuk sebahagian Jerman (iaitu Jerman Timur). Walaupun lebih 20 juta rakyat Soviet terkorban akibat Perang Dunia II, penduduk di seluruh dunia gerun dengan kehebatan bala tentera Soviet.
Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan Soviet mengubah pendudukan militarinya di Eropah Timur kepada dominasi politik dan ekonomi, dimana regim-regim pro-komunis di bawah pantauan Moscow telah diangkat sebagai pemerintah. Selain itu, kerajaan komunis Soviet telah berusaha untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara luar termasuk negara jirannya seperti Finland dan Afghanistan. Ini telah menerima reaksi negatif dari negara-negara barat, lalu tercetuslah perang yang dipanggil Perang Dingin. Dalam masa yang sama, Stalin terpaksa membina semula ekonomi Soviet yang telah runtuh akibat perang, sambil meneruskan polisi lamanya iaitu membangunkan industri berat dan ketenteraan, serta menindas para pembangkang dan melanggar hak asasi manusia.
Selepas kematian Stalin pada 1953, Nikita S. Khrushchev beransur-ansur menjadi ketua Soviet yang dominan. Beliau cuba membawa kelainan dengan membidas cara pemerintahan Stalin yang mengutamakan kezaliman dan penindasan. Walaupun begitu, beliau meneruskan polisi luar bersifat konfrontasi terhadap negara Barat. Era beliau dikenali dengan perlumbaan senjata nuklear dan penjelajahan angkasa lepas. Walaupun begitu penglibatannya dalam krisis peluru berpandu Cuba, yang hampir-hampir mencetuskan peperangan nuklear, telah menjadi punca kejatuhannya sebagai ketua parti dan ketua negara pada 1964. Pengganti Kruschev ialah Leonid I. Brezhnev yang meneruskan polisinya iaitu détente dengan negara Barat and penumpuan kepada perindustrian berat dan ketenteraan.
Selepas kematian Brezhnev pada 1982, sistem politik, ekonomi dan budaya negara telah dikawal oleh birokrasi yang konservatif, dan berusia. Pengganti beliau, Iurii V. Andropov dan Konstantin U. Chernenko, memegang kuasa dalam waktu yang sangat singkat dan tidak membawa banyak perubahan. Sewaktu Gorbachev dipilih sebagai setiausaha agung CPSU dan ketua negara Soviet pada 1985, kemelut dalam sistem sosialis Soviet telah menjadi semakin teruk. Akibatnya, Gorbachev terpaksa mengumumkan perubahan secara mendadak untuk membangunkan semula negara, dan beliau memulakan beberapa siri program pembaharuan yang dipanggil perestroika, glasnost, dan demokratizatsiia.
Namun demikian, usaha beliau untuk mengadakan reformasi politik dan ekonomi tidak mencapai matlamatnya. Malah, ia telah mencetuskan huru-hara dan kemelut politik di peringkat nasional. Ditambah pula dengan masalah ekonomi yang masih berlarutan. Disamping itu beberapa bangsa di dalam kesatuan ini telah mendesak kerajaan untuk memberi wilayah mereka lebih autonomi politik dan ekonomi; Bahkan ada jua yang mahukan kemerdekaan sepenuhnya dari Kesatuan Soviet. Pergolakan antara wilayah yang telah dikawal oleh regim Soviet selama ini telah meletus dan ramai orang telah terkorban. Sistem sosialis autoritarian menjadi semakin goyah dan agak lambat bertindak untuk mengatasi krisis sosial tersebut. Pada 1990an, dasar perestroika Gorbachev telah gagal membawa pemulihan ekonomi kepada rakyat, manakala glasnost' dan demokratizatsiia hanya melonggarkan kawalan regim terhadap rakyatnya.
Satu referendum untuk pengekalan USSR telah diadakan pada 17 Mac, 1991, dengan populasi mengundi untuk pengekalan kesatuan berkenaan di kebanyakan republik. Referendum berkenaan telah memberikan Gorbachev satu kelebihan yang kecil, dan pada musim panas 1991 satu perjanjian kesatuan telah dirangka dan dipersetujui oleh kebanyakan republik yang mana ia akan menukarkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet kepada federal yang lebih longgar. Tandatangan Perjanjian itu bagaimanapun diganggu oleh satu rampasan kuasa bulan Ogos, - satu cubaan rampasan kuasa terhadap Mikhail Gorbachev oleh ahli konservatif Parti Kommunis, merujuk kepada "Hardliners" media Barat. Selepas rampasan kuasa itu ditumpaskan , Yeltsin menjadi wira manakala kuasa Gorbachev telah berkurang dengan banyaknya. Perimbangan kuasa sekarang lebih memihak kepada republik-republik berkenaan. Latvia, Estonia and Lithuania telah diisytiharkan merdeka, manakala 12 republik yang lain menyambung kembali perbincangan tentang model kesatuan yang lebih longgar lagi. Pada 8 December 1991, presiden-presiden Russia, Ukraine dan Belarus telah menandatangani Belavezha Accords yang mengisytiharkan kesatuan berkenaan dibubarkan dan Komenwel Negara-negara Merdeka ditubuhkan untuk menggantikannya. Sementara ramai yang masih tertanya-tanya siapa yang mempunyai kuasa untuk membubarkan kesatuan berkenaan, pada 25 December 1991, Gorbachev meletakkan jawatan president USSR dan memberikan kuasa kepada Boris Yeltsin. Hari berikutnya "Supreme Soviet", badan kerajaan tertinggi Kesatuan Soviet, membubarkan dirinya. Ini secara umumnya diisyhtiharkan sebagai rasmi, pembubaran akhir USSR sebagai satu kerajaan yang berfungsi. Kebanyakan organisasi seperti tentera merah dan Red Army and Militia forces menyambungkan tugas mereka tetapi akhirnya dibubarkan atau diserap kedalam negara-negara merdeka yang baru.
[Sunting] Politik
- Rencana utama: Politik di Kesatuan Soviet
Di bawah perlembagaan negara, hanya parti komunis Kesatuan Soviet (CPSU) dibenarkan untuk mengawal jentera kerajaan dan membuat keputusan mengenai ekonomi dan hal masyarakat. CPSU menyokong ideologi Marxisme-Leninisme dan beroperasi berdasarkan prinsip democratik centralisme. Organisasi utama CPSU ialah: Politburo, badan kerajaan agung; Sekretariat, pengawal birokrasi parti; dan Jawatankuasa Pusat (Central Committee), forum yang membincangkan polisi parti. Pada 1987 keahlian CPSU telah mencapai lebih 19 juta orang (9.7 peratus penduduk dewasa pada tahun 1987), kebanyakan lelaki dari golongan profesional. Sebilangan besar ahli parti memegang jawatan penting di agensi-agensi kerajaan diseluruh kesatuan ini.
Kerajaan boleh dianggap sebagai boneka parti CPSU dan akan melaksanakan segala yang telah diluluskan oleh parti ini termasuk perkara-perkara berkaitan ekonomi, keselamatan dalaman dan isu-isu sosial. Pada 1988 Perlembagaan telah dipinda untuk mewujudkan badan yang baru dipanggil "Congress of People's Deputies", badan legislatif dan eksekutif tertinggi; terdiri dari 2,250 "deputies", dimana 87 peratus adalah ahli atau calon ahli CPSU .....
[Sunting] Pemimpin KSSR
[Sunting] Hubungan Luar Negara
[Sunting] Ekonomi
[Sunting] Geografi
[Sunting] Demografi dan masyarakat
[Sunting] Kewarganegaraan
[Sunting] Kumpulan-kumpulan Agama
[Sunting] Kebudayaan
[Sunting] Perayaan Umum
Tarikh | Nama | Nama Tempatan | Catatan |
---|---|---|---|
1 Januari | Tahun Baru | Новый год | Boleh dianggap sebagai perayaan yang terbesar di Kesatuan Soviet. Kebanyakan dari tradisi yang pada asalnya dikaitkan dengan Krismas di Rusia (seperti Father Frost dan pohon fir yang dihiasi) telah dipindahkan kepada Tahun Baru selepas Revolusi Oktober sehinggalah ke hari ini. |
7 Januari | Krismas | Рождество | Krismas Ortodoks. Bukan Hari Cuti yang rasmi di Kesatuan Soviet, tidak diendahkan oleh sebahagian besar rakyatnya dan hanya diraikan oleh serious believers. Since the revolution the Orthodox Christmas has been celebrated in Russia as a purely religious holiday. It is now an official holiday in Russia but is still largely celebrated as a religious date unlike in the rest of the world which celebrates it as both; |
23 Februari | Hari Tentera Merah | День Советской Армии и Военно-морского флота ("Day of the Soviet Army and Navy") | Formation of the Red Army in February 1918, not a free day.
Is currently called День защитника отечества ("Day of the Defender of Motherland") in Russia |
8 Mac | Hari Wanita Antarabangsa | Международный женский день | An official holiday marking women's liberation movement, popularly celebrated as a cross between American Mother's Day and Valentine's Day. |
12 April | Hari Para Kosmonaut | День космонавтики ("Day of Cosmonautics") | The Day Yuri Gagarin became the first man in Space, in 1961. Not a day off. |
1 Mei | Hari Buruh | Первое Мая - День солидарности трудящихся ("International Day of Worker's Solidarity") | Celebrated on May 1 and May 2. Now called День весны и труда ("Celebration of Spring and Labor"). |
9 Mei | Hari Kemenangan | День Победы | End of Great Patriotic War, marked by capitulation of Nazi Germany, 1945 |
7 Oktober | Hari Perlembagaan USSR | День Конституции СССР | 1977 Constitution of the USSR accepted - December 5 previously |
7 November | Revolusi Sosialis Oktober yang Besar | Годовщина Великой октябрьской социалистической революции or Седьмое ноября | Celebrating October Revolution of 1917, one of the most important holidays in Soviet times. It has now been replaced with День примирения и согласия ("Day of Reconciliation and Agreement"), celebrated on a Nov. 4 (at least officially). |
[Sunting] Audio
[Sunting] Lihat juga
- Rencana utama: List of Soviet Union-related topics
- Post-Soviet states
- Prometheism
- List of Soviet Leaders
- List of premiers of the Soviet Union
- List of the presidents of the Soviet Union
- Sovietization
[Sunting] Rujukan
- Templat:Loc - Kesatuan Soviet
[Sunting] Bacaan tambahan
- Brown, Archie, et al, eds.: The Cambridge Encyclopedia of Russia and the Soviet Union (Cambridge, UK: Cambridge University Press, 1982).
- Gilbert, Martin: The Routledge Atlas of Russian History (London: Routledge, 2002).
- Goldman, Minton: The Soviet Union and Eastern Europe (Connecticut: Global Studies, Dushkin Publishing Group, Inc., 1986).
- Howe, G. Melvyn: The Soviet Union: A Geographical Survey 2nd. edn. (Estover, UK: MacDonald and Evans, 1983).
- Katz, Zev, ed.: Handbook of Major Soviet Nationalities (New York: Free Press, 1975).
- Rizzi, Bruno: "The bureaucratization of the world : the first English ed. of the underground Marxist classic that analyzed class exploitation in the USSR" , New York, NY : Free Press, 1985
[Sunting] Pautan luar
- Gambar-gambar Kesatuan Soviet - himpunan gambar yang menunjukkan kehidupan harian di Kesatuan Soviet
Templat:Autonomous republics of the Soviet Union