Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Web Analytics
Cookie Policy Terms and Conditions Republik China di Taiwan - Wikipedia

Republik China di Taiwan

Dari Wikipedia bahasa Melayu

"Taiwan" diarah ke rencana ini. Rencana ini berkaitan dengan negara yang memerintah Pulau Taiwan. Untuk Republik China yang wujud di tanah besar China sebelum tahun 1949, sila rujuk rencana Republik China (1911-1949) Untuk maksud lain, sila lihat Taiwan (nyahkekaburan)

中華民國
Jhonghuá Mínguó
Republik China (Taiwan)
frames frames
Bendera Lambang
Cogan kata: Tiga Prinsip dari Rakyat
(三民主義 San-min Chu-i)
Lagu kebangsaan: Lagu kebangsaan Republik China
Ibu negara

Bandar terbesar
Taipei (de facto)
Nanking (de jure)
Taipei
Bahasa rasmi Mandarin (Guóyǔ)
Kerajaan

 –Presiden
 –Naib Presiden
 –Premier
Sistem presidensial-separa sosialis
 Chen Shui-bian
 Annette Lu
 Su Tseng-chang
Penubuhan
 – Republik diisytiharkan
 – Ditubuhkan
 – Dipindahkan ke Taiwan
Revolusi Xinhai

10 Oktober, 1911
1 Januari, 1911
7 Disember, 1949

Kawasan
 – Jumlah

 – Air (%)

 35,980 km² (ke-137)
13,892 b psg
 10.3
Populasi
 – anggaran 2006
 – Kepadatan
 

 23,036,087 (ke-47)
635/km² (ke-14)
 1,658/b psg
GDP (PPP)
 – Jumlah
 – Per kapita
anggaran 2005
$631.2 billion (ke-16)
$27,600 (ke-24)
HDI (2003) 0.910 (tinggi) (ke-25)
Matawang Dolar Taiwan Baru (NT$) (TWD)
Zon waktu CST (UTC+8)
Kod panggilan
TLD Internet
+886
.tw

Republik China di Taiwan (Tulisan Cina Tradisi: 中華民國在台灣; Tulisan Cina Mudah: 中华民国在台湾; Wade-Giles: Chung¹-hua² Min²-kuo² chai T'aiwan, Tongyong Pinyin: JhongHuá MínGuó Zài TáiWān, Hanyu Pinyin: Zhōnghuá Mínguó zài Táiwān, Dialek Taiwan: Tiong-hoâ Bîn-kok zai T'aioan) adalah satu negara yang mula memerintah pulau Taiwan secara sendirinya pada tahun 1949 berikutan Perang Saudara Cina yang berlaku di tanah besar sebelumnya. Negara ini juga memerintah Kepulauan Pescadores, Quemoy, dan Kepulauan Matsu. Dalam Bahasa Melayu, seperti juga di dalam Bahasa Cina, nama 台灣 "Taiwan" digunakan untuk merujuk kepada negara ini, dan orangnya biasanya dipanggil orang Taiwan (台灣人 Táiwān rén). Walaupun "Republik China" adalah nama formal negara ini, perkataan "China" itu sendiri sekarang biasanya merujuk kepada tanah besar China yang pemerintahannya diambil-alih oleh Republik Rakyat China selepas berakhirnya pemerintahan kerajaan Republik China pada tahun 1949. Lihat Republik China (1911-1949) dan Perang Saudara Cina untuk keterangan lanjut.

Republik China (ROC) itu sendiri bermula di tanah besar China, selepas penggulingan pemerintahan Dinasti Qing pada tahun 1912 menandakan penamatan 2,000 tahun pemerintahan bermaharaja. Kewujudan ia di tanah besar China adalah secara kewujudan panglima perang, Pencerobohan Jepun, dan perang saudara. Pemerintahannya di tanah besar tamat pada tahun 1949 apabila Parti Komunis China menggulingkan pemerintahan Parti Negara China (juga dikenali sebagai Kuomintang). Lihat Republik China (1911-1949)

Kerajaan ROC berpindah ke pulau Taiwan dan mendirikan ibu negara sementaranya di Taipei dimana ia terus menggangap dirinya sebagai satu-satunya kerajaaan keseluruhan China, termasuk tanah besar, yang sah. Pada masa yang sama, Komunis di tanah besar mengishtiharkan kewujudan Republik Rakyat China dan mendakwa menjadi negara suksesor kepada ROC di seluruh negara China (termasuk Taiwan) dan kerajaan Nationalis di Taiwan tidak sah. Daripada pengasasannya sehinggalah pemindahannya ke pulau Taiwan, Republik China telah dikatakan sebagai satu produk Kuomintang (KMT)—sebuah parti politik yang wujud hasil revolusi yang telah mengasaskan Republik, sekalipun parti itu tidak lagi memerintah di Taiwan.

Kerajaan Republik China kini telah mengukuhkan kedudukannya di Taiwan dan menjadi sebati dengan Taiwan. Oleh sebab ini, ia tidak lagi menuntut hak pemerintahan di tanah besar China dan Mongolia. Dewan Undangan Nasional (yang tidak lagi wujud) juga telah meluluskan pindaan perlembagaan memberi penduduk Taiwan, Pescadores, Quemoy, dan Matsu satu-satunya hak memerintah Republik melalui pilihanraya melantik Presiden dan keseluruhan Legislatur bersama dengan pilihanraya meluluskan pindaan pada perlembagaan Republik China. Ini menandakan bahawa kerajaan Republik mengakui bahawa hak pemerintahannya terbatas kepada kawasan tahlukannya sahaja. Reformasi yang dimulai oleh Republik di Taiwan pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an telah mengubah Taiwan dari satu diktatorship pemerintahan satu parti ke suatu demokrasi.

Meskipun Perang Dingin telah tamat, status politik Taiwan terus menjadi suatu isu hangat pada kedua-dua belah selat Taiwan. Kerajaan Republik adalah salah satu daripada pengasas utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan salah satu daripada anggota Majlis Keselamatan yang berstatus tetap yang asal. Akan tetapi, pada tahun 1971, kerajaan ini yang hanya memeritah Taiwan sahaja ditendang keluar daripada PBB dan digantikan oleh Republik Rakyat China. Meskipun begitu, kerajaan Republik kini tidak mahu kembali status anggota tetap yang terpaksa dilepaskan pada masa itu. Kini, ia hanya mahu menganggotai PBB sebagai negara yang asing daripada Republik Rakyat China. Ia telah cuba menanggotai PBB dari masa ke semasa akan tetapi gagal setiap kali mencuba kerana penuntutan kerajaan Republik Rakyat keatas Taiwan, pengiktirafan kerajaan Republik di Taiwan oleh kerajaan dunia yang lain terjejas teruk disebabkan Dasar Satu China yang dipromosi oleh kerajaan Republik Rakyat di tanah besar China disamping tekanan ekonomi dan diplomatik negara itu. Kebayakan negara dunia mengubah pengiktirafan mereka ke kerajaan Republik Rakyat di tanah besar pada tahun 1970-an dan kini, Republik China di Taiwan hanya diiktiraf 25 negara sahaja.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah Taiwan

Taiwan pada asalnya adalah jajahan Jepun pada tahun 1895-1945, hasil kekalahan teruk dinasti Qing selepas Perang China-Jepun Pertama. Selepas kekalahan yang dialami Jepun pada Perang Dunia II, Taiwan telah diberikan kepada tentera Perikatan dan diduduki oleh Republik China. Ia diperintah oleh kerajaan tentera yang korup, lantas ia terjerumus kedalam keadaan kelam-kabut yang mencapai kemuncaknya pada peristiwa 228. Darurat telah diistiharkan pada tahun 1948.

Dalam keadaan tidak menentu ini, selepas kekalahan yang dialami kerajaan parti KMT di tanah besar China pada tahun 1949, Chiang Kai-shek mengberi order berpindah ke pulau Taiwan dan mengistiharkan bandaraya Taipei sebagai ibu negara sementaranya. 2 juta penduduk tanah besar China juga telah mengikuti beliau ke Taiwan, lantas menjadikan jumlah penduduk pulau kecil itu bertambah ke 8 juta.

Semasa era Perang Dingin, Republik China dinampakkan Barat sebagai "Negara China yang bebas" dan suatu bentuk penentangan terhadap Komunisme, manakala Republik Rakyat China telah dilihat sebagai "China Merah" atau "China Komunis". Kerajaan Republik China diiktiraf sebagai satu-satunya kerajaan keseluruhan tanah besar China dan Taiwan yang sah oleh PBB dan kebanyakan negara Barat sehingga tahun 1970-an. Negara Timur juga sedemikian rupa.

Taiwan terus berada dibawah pemerintahan darurat seperti yang diperuntukkan di bawah "Provisyen Sementara Efektif Semasa Pemberontakan Komunis" (動員戡亂時期臨時條款) dan pemerintahan satu parti sehingga empat dekad dari tahun 1948 ke tahun 1987, apabila Presiden Chiang Ching-kuo dan Lee Teng-hui, iaitu Presiden pertama Taiwan yang merupakan penduduk tempatan, secara beransur mengliberalisasikan dan mengdemokrasikan system pemerintahan.

Pada tahun 2000, Chen Shui-bian dari parti pro-Merdeka Parti Progresif Demokrat (DPP) memenangi pilihan raya presiden dan menjadi Presiden pertama ROC yang bukan daripada parti KMT. Dalam pilihanraya presiden yang berlangsung pada tahun 2004, selepas peristiwa penembakan 19/3 yang berlaku satu hari sebelum hari mengundi, Chen dilantik semula sebagai Presiden Taiwan dengan kemenangan tipis 0.2%. Parti pimpinan Chen, DPP, juga gagal menguasai dewan undangan dengan memenangi mejoriti kerusi, dan kalah kepada parti KMT yang mahukan penyatuan semula dengan tanah besar China pada tahun 2005. Akan tetapi, DPP berjaya menguasai Dewan Undangan Nasional Republik China.

Lihat juga:

  • Sejarah Taiwan
  • Timeline Sejarah Taiwan
  • Timeline Sejarah China
  • China dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

[Sunting] Politik dan Kerajaan

Rencana utama: Politik Republik China di Taiwan

Perlembagaan Republik China digubal sebelum kejatuhan kerajaan KMT kepada CCP dan ditujukan ke arah mewujudkan kerajaan campuran KMT dan CCP untuk memerintah keseluruhan negara China termasuk Taiwan. Walau bagaimanapun, pihak Komunis CCP bertindak memboikot Dewan Undangan Nasional. Juga, para pewakilan daripada pulau Taiwan tidak dilantik pada ketika itu. Perlembagaan Republik China berkuatkuasa pada tarikh 25 haribulan Disember, 1947.

Disebabkan Taiwan terus berada dibawah undang-undang darurat daripada 1948 sehingga 1987, kebanyakan provisyen dalam perlembagaan Republik China tidak terlaksana di Taiwan. Semenjak undang-undang darurat ditamatkan pada tahun 1987, Republik China telah melalui pelbagai perubahan dan reformasi yang melihat perihal perlembagaannya yang berkait tanah besar China dibuang. Sisa-sisa perihal yang tinggal tidak lagi berfungsi. Proses pengubalan ini terus berlangsung hingga ke hari ini, dan terbukti apabila pada bulan Mei 2005, sebuah dewan undangan baru terbetuk apalila bilangan kerusi perwakilan dikurangkan dan sebuah suruhanjaya dibentuk bagi mengkaji perubahan perlembagaan. Hasil kajian daripadanya telah pun diluluskan dengan Dewan Undangan Nasional mengundi untuk memansuhkan dirinya dan memindahkan kuasa penggubalan perlembagaan terus ke tangan rakyat sejagat.

[Sunting] Status politik Taiwan

Satu masalah utama adalah berkait rapat dengan status politik Taiwan itu sendiri. Dengan keadaan iklim politik dunia yang berubah kearah pengiktirafan Republik Rakyat China pada era tahun 1970-an dan 80-an, keinginan untuk mengambil kembali tanah besar China semakin pudar dan semangat nasionalisme cinta terhadap pulau Taiwan itu sendiri semakin kukuh. Hubungan antara Republik Rakyat China di tanah besar China dan isu-isu berkait kemerdekaan Taiwan dan penyatuan semula dengan China terus mendominasi politik di Taiwan.

Senario politik Republik China di Taiwan sekarang terbahagi antara dua pihak dengan pihak Pan-Biru diketuai parti KMT dan dianggotai Parti Rakyat Utama (PFP) dan Parti Baru (NP) yang berpendirian pro-penyatuan semula dengan China sementara pihak Pan-Hijau diketuai Parti Progresif Democrat (DPP) dan dianggotai Perikatan Bersekutu Taiwan (TSU) yang berpendirian pro-Merdeka.

Para penyokong pihak Pan-Hijau menuntut kemerdekaaan Taiwan secara total dan formal dan menekankan Taiwan sebagai entiti berlainan daripada China. Nama 'Republik China' juga dicemuh dan dikatakan tidak wujud. Kendatipun begitu, ahli Pan-Hijau yang lebih progresif mengatakan tidak perlu untuk mengistiharkan kemerdekaan secara formal kerana Taiwan sekarang 'telahpun menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat'. Sesetengah ahli puak Pan-Hijau ini telah bertindak dengan lebih extrim dan menerbitkan pasport untuk negara yang didakwa bernama "Republik Taiwan" itu.

Pada masa yang sama, pihak Pan-Biru mahukan penyatuan semula dengan tanah besar China dan menyokong konsep Republik China sebagai satu simbol kait dengan China. Penyatuan semula dengan tanah besar China sebagai satu negara dianggap akan berlaku pada masa depan yang dekat, dan sehingga itu status quo kini, dimana Taiwan tidak merdeka secara formal, lebih disenangi. Dalam lawatan ketua parti KMT Lien Chan ke tanah besar pada bulan April 2005 baru-baru ini, beliau telah menggariskan kepercayaan partinya dalam konsep Satu China dan ia merangkumi keseluruhan China termasuk Taiwan. Ketua parti PFP James Soong juga menyatakan sentimen yang sama semasa lawatannya ke tanah besar pada bulan Mei.

Kerajaan PRC di tanah besar China menyatakan pendiriannya bahawa konsep Republik China lebih mudah diterima berbanding suatu negara bebas "Republik Taiwan". Yang menjadi ironi adalah, sekalipun kerajaan PRC menganggap ROC sebagai entiti tidak sah, ia telah mengancam sebarang tindakan untuk memerdekakan Taiwan dan menghampuskan ROC sebagai sama dengan suatu declarasi perang.

[Sunting] Dasar luar

Rencana utama: Dasar Luar Republik China di Taiwan

Republik China yang diasaskan di tanah besar China telah pada mulanya diiktiraf oleh dunia kendatipun ketidakcekapan pemerintahannya semasa ia dibelenggu warlordisme dan perang sivil dengan CPP.

Pada hari ini, Republik China di Taiwan terus diiktiraf 25 negara yang kebanyakannya negara kecil di Amerika Selatan dan Afrika serta pemerintah Katolik (Paus) di Rom. Republik Rakyat China menadakan suatu polisi tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang mengiktiraf Republik China dan memaksa mereka mengeluarkan kenyataan menyokong tuntutan mereka terhadap Taiwan. Akan tetapi realitinya adalah kebanyakan negara masih menjalinkan hubungan diplomatik dengan ROC walaupun ia adalah secara tidak rasmi. Kerajaan PRC secara telus membenarkan pengiktirafan ini dengan fahaman bahawa ia merupakan sesuatu yang perlu tetapi sementara. Di negara-negara yang tidak mengiktiraf ROC secara rasmi, seringkali terdapat perwakilan Taiwan yang mengunapakai nama Pejabat Perwakilan Perdagangan dan Kebudayaan Taipei ataupun "Pejabat Perwakilan Taipei" sebagai singkatan. Pejabat ini memberi servis membuat visa dan lain-lain perihal yang biasanya dikaitkan dengan Pejabat Duta. Negara-negara ini juga mempunyai perwakilan di Taiwan dibawah nama-nama aneh seperti Institut Amerika Di Taiwan yang merupakan pejabat perwakilan de facto Amerika Syarikat di ROC.

Republik China adalah salah suatu pengasas kepada badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memegang kerusi negara China di PBB sehingga ia ditendang keluar oleh Resolusi PPB 2758 dan diganti dalam semua organ dalaman pertubuhan itu oleh Republik Rakyat China (PRC). Cubaan Republik China untuk mengangotai semula badan dunia itu ditolak sekalipun telah dicuba berkali-kali.

Bersama dengan masalah dengan PRC berkenaan tanah besar China, ROC juga menghadapi hubungan yang kontroversial dengan Mongolia. Sehingga tahun 1945, ROC menuntuk hak memerintah Mongolia akan tetapi desakan Soviet memaksa ia mengiktiraf kemerdekaan Mongolia. Sejerus selepas itu, ROC telah berpaling dan menuntut semula wilayah Mongolia sehingga tahun 1990-an. Sebarang tindakan ROC membatalkan penuntutannya terhadap wilayah Mongolia sekarang amat rumit keranya kerajaan PRC akan menginterpretasikannya sebagai cubaan untuk merdeka.

[Sunting] Struktur politik

Ketua kerajaan ROC merupakan Presiden Republik China , yang dipilih selama penggal empat tahun dengan tiket bersama Naib Presiden. Presiden mempunyai kuasa keatas lima cabang (Yuan) iaitu Yuan Eksekutif, Yuan Perwakilan, Yuan Kehakiman, dan Yuan Peperiksaan. Presiden melantik ahli Yuan Eksekutif sebagai ahli kabinetnya termasuk suatu Perdana Menteri Republik China yang bertanggungjawab terhadap polisi dan pengendalian.

Badan utama perwakilan merupakan Yuan Perwakilan dengan 225 kerusi dimana 168 diisi dengan undi popular. Yang bakinya pula diagihkan antara proporsyen jumlah undi keseluruhan yang diterima parti (41 kerusi), wilayah jajahan seberang laut Cina (8 kerusi) dan kerusi khas penduduk asli Taiwan (8 kerusi). Ahli-ahli dewan ini berpenggal 3 tahun. Pada asalnya Dewan Undangan Nasional, sebagai badan berpelembagaan dan wakil rakyat amnya, mempunyai sedikit kuasa perwakilan, akan tetapi Dewan ini telah dimansuhkan pada tahun 2005 dan kuasa menggubal perlembagaan diserah kepada Yuan Perwakilan dan pengundi rakyat sejagat.

Lihat juga: Perlembagaan Republik China di Taiwan

[Sunting] Divisi Politik Tempatan

Rencana utama: Pembahagian Politik Republik China di Taiwan

Organisasi politik Republik China pada asalnya didasarkan perlembagaan yang ditulis pada tahun 1947 di tanah besar China sebelum tumpasnya Republik di sana ke tangan Komunis. Dengan itu, divisi utama dibawah kerajaan adalah dengan provinsi Taiwan dan sesetengah cebisan provinsi Fujian yang diperintah dalam realiti dengan peruntukkan terhadap provinsi lain di negara China yang tidak dapat digunapakai. Walau bagaimanapun, status bandar Taipei dan Kaohsiung telah diangkat status mereka menjadi wilayah Republik China sentral yang mempunyai status sama seperti provinsi dibawah pemerintahan terus ke kerajaan pusat dan fungsi kerajaan provinsi Taiwan dan Fujian diagihkan diantara kerajaan pusat di Taiwan dan kerajaan daerah Taiwan.

  • Provinsi Taiwan (semua): pulau Taiwan sendiri tidak teramasuk wilayah Republik sentral, dengan daerah Penghu (Kepulauan Pescadores)
    • 16 daerah
    • Lima bandar berstatus provinsi
Kepulauan provinsi Fujian yang diperintah ROC diwarnai merah
Kepulauan provinsi Fujian yang diperintah ROC diwarnai merah
  • Provinsi Fujian (cebisan): pulau-pulau kecil berdekatan tanah besar China:
    • Daeran Kinmen(Quemoy)
    • sebahagian daripada daerah Lienchiang, iaitu Kepulauan Matsu
  • Dua wilayah Republik sentral

Republik China juga memerintah Kepulauan Dongsha dan Pulau Taiping yang terdiri daripada Kepulauan Laut China Selatan yang hak milik dipertikai. Dibawah sempadan rasmi ROC, mereka merupakan sebahagaian daripada wilayah pulau Hainan.

Tambahan pula, walaupun ROC tidak membatalkan tuntutannya terhadap tanah besar China (termasuk Tibet), Mongolia dan Tuva pada tahun 1991 pemerintahan kerajaan PRC di kawasan-kawasan tersebut diakui, dan ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa ROC bercadang untuk tidak lagi menuntuk wilayah-wilayah berkenaan. Satu sebab kenapa ROC tidak pernah secara rasmi membubarkan tuntutan mereka terhadap wilayah-wilayah ini adalah kerana rasa takut kepada ancaman kerajaan PRC untuk menyerang Taiwan atas sebarang persediaan untuk merdeka.

Kerajaan DPP dibawah Chen Shui-bian bertindak tidak menghiraukan tuntutan-tuntutan lama ini dengan mewujudkan pejabat perwakilan Taiwan di ibu negara Mongolia, Ulan Bator. Peta-peta rasmi ROC masih menampakkan 35 provinsi di tanah besar dan bukannnya 23 sepertimana ditunjukkan oleh peta PRC yang merupakan realiti masa kini. Parti pemerintah DPP telah memansuhkan syarat yang mewajubkan pembuat peta Taiwan untuk menunjukkan sempadan rasmi ROC.

[Sunting] Tentera

Rencana utama: Tentera Republik China di Taiwan

Pada hari ini, Republik China di Taiwan mempunyai kerahan tentera yang besar bagi tujuan menentang Republik Rakyat China di tanah besar yang masih nekad berperang dengan Taiwan. Daripada pengunduran ROC di tanah besar pada tahun 1949 sehingga tahun 1970-an, misi utama ketenteraan adalah untuk 'mengambil semula tanah air besar'. Dengan keadaannya sekarang sebagai pertahanan kepada pencerobohan yang bakal dilaksanakan tanah besar China, tentera ROC telah menekankan lagi Tentera Udara dan Tentera Laut daripada Tentera Darat. Kawalan tentera republik juga telah diserahkan kepada rakyat sejagat.

Ahli tentera ROC berjumlah lebih kurang 300,000 dengan simpanan berjumlah 3,870,000. Republik ini telah melaksanakan program bagi mengurangkan ahlinya daripada 430, 000 pada tahun 1990-an berikutan kemajuan alatan perangnya. Umur minima menyertai tentera republik ini adalah 18 tahun, akan tetapi sebahagian daripada program pengurangan ahli ini menampakkan sesetengah ahli ditukar ke agensi kerajaan lain atau industri kerajaan yang relevan kepada ketenteraan. Antara rancangan pada masa kini adalah untuk memodenkan tentera menjadi tentera professional pada dekad yang akan datang dan menghadkan konscripsi kepada 3 bulan.

Perihal utama tentera Taiwan pada ketika ini adalah kemunkinan serangan daripada tanah besar China. Kemungkinan diserang ini adalah realiti yang berkemungkinan besar berlaku. Maka, republik telah bersedia dengan benteng pertahanan yang mantap, latihan serangan udara dan persediaan menghadapi serangan hendap. Kementerian Pertahanan telah bercadang memesan submarin diesel dan batteri anti-peluru dari Amerika Syarikat untuk pertahanan, tetapi telah dihalang pihak Pan-Biru (pembangkang dalam Yuan Perwakilan) baru-baru ini (tahun 2005). Terdapat banyak alatan perang yang telah dibeli oleh ROC dari Amerika Syarikat dibawah Akta Perhubungan Taiwannya. Pada masa lalu, ROC juga telah membeli alatan pertahanan daripada negara Perancis dan Belanda.

[Sunting] Ekonomi

Taipei 101, bangunan tertinggi di dunia
Taipei 101, bangunan tertinggi di dunia

[Sunting] Ekonomi Taiwan

Rencana utama: Ekonomi Taiwan

Ekonomi Taiwan sebelum abad ke-20 hampir keseluruhannya berbentuk pertanian. Semasa penjajahan Jepun (1895-1945) pula industrinya mula membangun, dengan orang Jepun membina kebanyakan infrustruktur yang menolong membangunkan ekonomi Taiwan dengan pesat, contohnya landasan keretapi yang menghubungkan utara dan selatan Taiwan.

Republik China yang moden mempunyai ekonomi kapitalis yang dinamik dengan kurang pembabitan kerajaan dalam pelaburan dan perdagangan asing. Di samping ini, beberapa bank dan syarikat awam milik republik juga telah diswastakan. Pertumbuhan GDP adalah sekitar lapan peratus dalam tiga dekad yang telah berlalu dengan eksport yang banyak membantu. Jurang surplus perdagangan juga agak banyak, dan simpanan mata wang asing adalah yang ketiga terbesar di dunia.

Pertanian menyumbang hanya dua peratus daripada GDP, kurang daripada 35 peratus pada tahun 1952. Industri-industri yang dahulunya dijanakan buruh kini diambil-alih oleh kewangan dan teknologi yang intensif. Taiwan telah menjadi pelabur dalam beberapa buah negara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam termasuk negara sendirinya di tanah besar China. Kini terdapat 50,000 perniagaan Taiwan di negara China.

Disebabkan pendekatannya yang konservatif kepada kewangan dan semangat entrepreneurialnya yang tinggi, ekonomi Taiwan tidak banyak terjejas berbanding negara-negara jirannya pada krisis kewangan 1997 di Asia. Akan tetapi, ekonomi dunia yang perlahan dan polisi yang tidak cekap telah memungkinkan ekonomi Taiwan terjejas pada tahun 2001 yang lalu, iaitu pertama semenjak tahun 1947. Disebabkan sumber tenaga buruh didatangkan dari tanah besar China, pengangguran juga bertambah buruk dan dijadikan isu semasa pilihanraya presiden ROC tahun 2004 yang lalu.

Disebabkan kerajaan PRC membantah ROC mempunyai perhubugan rasmi dengan negara-negara lain, ROC seringkali menyertai badan ekonomi dunia dibawah nama yang agak pelik seperti Wilayah Kastam Berasingan Taiwan, Penghu, Kinmen dan Matsu (台灣、澎湖、金門及馬祖個別關稅領域) dibawah Pertubuhan Perdagangan Dunia dan China Taipei dibawah APEC.

Lihat juga: Harimau Asia Timur

[Sunting] Budaya

Artikel utama: Budaya Taiwan

Budaya Taiwan ketika ini mengalami transformasi yang besar hasil pemisahannya dengan tanah besar China yang telahpun mencecah lebih 100 tahun. Taiwan kini mempunyai budaya tersendiri dengan bersumberkan budaya China, budaya Jepun dan budaya Amerika Syarikat, terutama dalam politik dan seni binaan. Penduduk asli Taiwan juga mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Kesenian, tradisi moyang, dan budaya popular merangkumi corak pelbagai motif beasaskan Asia dan Barat.

Dewan Konsert Kebangsaan di Taipei
Dewan Konsert Kebangsaan di Taipei
Penari yang memakai baju budaya punduduk asli Taiwan
Penari yang memakai baju budaya punduduk asli Taiwan

Selepas berpindah ke Taiwan, kerajaan KMT bertindak untuk mengekalkan budaya China. Kerajaan melaksanakan pelbagai kempen tulisan kaligrafi China, lukisan seni China, seni moyang China dan opera China. Salah suatu tarikan bandaraya Taipei adalah Museum Kebangsaan China yang mempunyai lebih dari 650,000 koleksi gangsa, jed, kaligrafi, lukisan dan porcelain China. Kerajaan KMT dibawah Chiang Kai-Shek telah memindahkan koleksi ekstensif ini daripada Beijing pada tahun 1949 semasa melarikan diri ke Taiwan. Koleksi ini dipercayai menjadi sebahagian daripada harta budaya China, dan hanya 1 peratus dipamerkan pada setiap period masa.

Berkaraoke merupakan salah suatu daripada aktiviti yang degemari di Taiwan, hasil pengaruh Jepun. Suatu lagi contoh adalah Panchinko.

Minuman Taiwan juga telah berjaya dikenali di merata dunia. Teh berbuih dan Teh bersusu merupakan minuman Taiwan yang terkenal di Malaysia, Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat.

Taiwan juga menerbitkan filem-filem yang berkualiti setiap tahun. Antara pengarah filem yang terkenal dari Taiwan merupakan Ang Lee yang mendapat nama daripada filem arahannya Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Eat Drink Man Woman.

Kira-kira 80 peratus orang Taiwan merupakan bangsa etnik Han dan boleh bercakap bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Cina Mandarin sekali dengan Bahasa Cina Hokkien yang berasal daripada selatan sungai Min di provinsi Fujian di tanah besar China. Bahasa Hokkien ini yang dikenali sebagai Taiyu di Taiwan merupakan bahasa yang sama yang ditutur oleh kebanyakan orang Cina Malaysia. Golongan pro-Merdeka di Taiwan telah mempromosikan bahasa ini sejak tahun 1990-an, tampa menyedari bahawa ia hanya sekadar salah-suatu daripada dialect yang dipercakapkan di tanah besar China. Terdapat lagi 10 peratus daripada penduduk Taiwan yang mengunapakai bahasa Hakka. Golongan penduduk aboriginal pula, walaupun mempunyai bahasa sendiri, juga boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dan Hokkien.

Tokong Longshan di bandaraya Taipei merupakan suatu contoh bangunan yang direka dengan pengaruh selatan China, suatu ciri yang dijumpai pada kebanyakan bangunan lama di Taiwan.
Tokong Longshan di bandaraya Taipei merupakan suatu contoh bangunan yang direka dengan pengaruh selatan China, suatu ciri yang dijumpai pada kebanyakan bangunan lama di Taiwan.

Gerakan Local Taiwan terus menjadi punca berkembangnya budaya Taiwan yang asing daripada tanah besar China, sebagai suatu reaksi terhadap pemerintahan kuku besi KMT dan hostiliti PRC. Politik identiti dengan lebih 100 tahun pemisahan Taiwan dengan tanah besar dengan 50 tahun daripadanya dibawah pemerintahan Jepun, terus mnjadi isu dan mewujudkan perbezaan budaya dengan budaya China di tanah besar dalam pelbagai bidang, antaranya masakan, filem, fotografi, opera dan muzik.

  • Masakan Taiwan
  • Bahasa Taiwan
  • Muzik Taiwan
  • senarai orang China
  • senarai orang Taiwan
  • Masakan China
  • Pendidikan di Taiwan

[Sunting] Sistem kalendar

Mengikut tradisi imperial menggunakan nama maharaja China sebagai rujukan era dan tahun pemerintahan, dokumen-dokumen rasmi ROC dan kebayakan orang Taiwan masih mengguna Min Guo (Bahasa Cina: 民國, pinyin: míngúo, yang bermaksud: "Negara Rakyat" atau dalam kes ini, "Republik") sistem mengnomborkan tahun diri tahun 1912 iaitu tahun kewujudan Republik China. Seperti contoh, tahun 2006 adalah tahun ke-95 'Min Guo' ataupun tahun ke-95 Republik China (jiu shiwu) nian" (民國九十五年) dalam bahasa China. Pada kebiasaannya nama era China berkarekter dua, Min Guo adalah singkatan bagi nama panjang ini. Kalender Juche yang digunakan di Korea Utara yang bermula dengan kelahiran Kim Il Sung pada tahun 1912 juga mengunapakai sistem yang sama.

Lihat juga:

  • Kalendar China
  • hari kelepasan am di Rupublik China di Taiwan
  • perayaan Republik China di Taiwan

[Sunting] Lain-lain

  • Undang-undang China
  • Senarai Topik berkenaan China
  • Senarai Topik berkenaan Republik China
  • Republik Taiwan

[Sunting] Rujukan

  1. Templat:Note"Taiwan assembly passes changes". BBC News, 7 Jun 2005.
  2. Feuerwerker, Albert. 1968. The Chinese Economy, 1912-1949. Ann Arbor: University of Michigan Press.

[Sunting] Pautan luar

[Sunting] Laman web kerajaan

[Sunting] Lain-lain



Daftar_negara | Asia | Asia Timur
China | Hong Kong | Jepun | Macau | Mongolia | Korea Utara | Korea Selatan | Taiwan
Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu